Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Keutamaan Projek Yang Beri...

KUALA LUMPUR - Malaysia berusaha melonggarkan dasar legasi yang tidak memberi manfaat kepada...

Piala AFC 2015: JDT...

JOHOR BAHRU - Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) melengkapkan aksi terakhir kumpulan F...

Peperiksaan Tahap 1 Dimansuh...

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mengumumkan peperiksaan bagi murid Tahap...

Pemandu Cedera Nahas 3...

KUANTAN - Seorang pemandu pacuan empat roda cedera selepas kenderaan dinaikinya bergesel dengan...

Najib Ucap Simpati Berhubung Serangan Di Berlin

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan simpati beliau kepada mereka yang menjadi mangsa dalam serangan di Berlin, Jerman lewat Isnin.

“Simpati yang amat mendalam kepada mereka yang menjadi mangsa dalam serangan di Berlin. Kehilangan nyawa yang amat mengejutkan ini berlaku pada masa yang sepatutnya merupakan waktu untuk menyambut perayaan,” kata Perdana Menteri dalam catatan melalui akaun Twitter beliau hari ini.

Najib berkata Kedutaan Malaysia di Berlin dan Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt akan memberikan maklumat terkini tentang kejadian itu kepada masyarakat Malaysia di sana dari semasa ake semasa.

Kementerian Luar, dalam kenyataan awal hari ini, berkata tiada rakyat Malaysia menjadi mangsa dalam kejadian di Berlin itu semalam apabila sebuah trak merempuh sebuah pasar Krismas dan mengakibatkan sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh serta kira-kira 50 lagi cedera.

Kejadian berlaku pada kira-kira 8 malam Isnin (3 pagi Selasa di Malaysia) di Breitscheidplatz Square dekat Kurfuerstendamm Avenue di barat Berlin, kata kenyataan itu.


“Seorang suspek dipercayai pemandu trak berkenaan ditangkap tidak jauh dari tempat kejadian,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori