Najib Ucap Selamat Hari Jadi Kepada Mahathir

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat hari jadi kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ucapan yang disampaikan menerusi laman Facebook rasmi Najib itu turut mendoakan supaya Perdana Menteri dikurniakan kesihatan terbaik.

“Selamat hari jadi kepada Tun Mahathir. Semoga Allah kurniakan kesihatan terbaik,” katanya.

Dr. Mahathir yang berusia 94 tahun menjadi Perdana Menteri tertua di dunia. – UTUSAN ONLINE

Loading...