Tuesday, March 19, 2024

Creating liberating content

Resipi Pavlova Yang Vogue...

Pavlova merupakan pencucui mulut popular yang berasal daripada New Zealand dan Australia. Dinamakan...

Adam Tiba Di Mahkamah...

KUALA LUMPUR - Ketua Angkatan Muda Keadilan, Datuk Adam Rosly tiba di Mahkamah...

Henti Teroka Tanah Atau...

KUALA LUMPUR - Penerokaan tanah yang berterusan di Cameron Highlands akan mengakibatkan kemungkinan...

Ustaz Kazim Buat Laporan...

NAMA Datuk Ustaz Kazim Elias menjadi hangat diperkatakan sejak semalam, ekoran video ceramahnya...

Najib Tuntut Naikkan Tempoh Kuarantin Pelawat Luar Negara

DARi FB NAJIB RAZAK

PADA 15 Februari 2021, jumlah kes baru Covid negara India adalah sekitar 9,100 orang manakala Malaysia sekitar 2,700 kes.

Masa itu, beberapa pakar berpendapat bahawa keadaan Covid di India sudah reda sebab antara 50% hingga 60% daripada penduduk di sana sudah mencapai imuniti secara semulajadi sebab ramai telah dijangkit dan pulih tanpa disedari.

Namun kes Covid India mula melonjak naik pada bulan lalu dengan kadar amat seram sehingga mencapai lebih 260,000 kes baru semalam.

Lebih 60% daripada kes baru Covid di India didapati adalah dari varian baru yang mempunyai mutasi berkembar yang kini digelar Covid varian India.

Varian-varian berbahaya seperti mutasi UK dan Afrika Selatan (yang telah berjaya menular dalam komuniti tempatan di Malaysia) hanya ada satu mutasi.

Varian India ini ada dua mutasi dan ramai pakar semakin bimbang sebab ianya sedang menular dengan begitu laju sekali.

Kebanyakan yang dijangkit pula adalah orang muda. Mereka yang sakit juga lebih sukar untuk dirawat berbanding varian lain.


Pakar-pakar juga tak pasti jika vaksin Covid yang ada sekarang akan berkesan ke atas varian baru India ini.

Sebelum ini, saya perhatikan dari laporan-laporan MKN bahawa masih ramai pengunjung dari negara India yang sedang masuk ke Malaysia.

Kluster Sivagangga yang mengganas di negeri Kedah tahun lepas juga berpunca dari pelawat dari India yang ingkar kuarantin.

Dengan ini, saya TUNTUT kerajaan PN naikkan kembali tempoh kuarantin wajib bagi pelawat dari luar negara terutamanya dari negara India dari 7 hingga 10 hari ke 14 hari dengan serta-merta.

Jangan ambil risiko dan jangan memperjudikan nyawa Rakyat dan negara.

Kategori