Najib Sindir PH: Syabas Penarafan Petronas Jatuh!

AIB… Berita ‘panas’ ini langsung tidak diperbesarkan media arus perdana namun komuniti bisnes seluruh dunia semalam ‘ketawa’ apabila tular berita…

AIB… Berita ‘panas’ ini langsung tidak diperbesarkan media arus perdana namun komuniti bisnes seluruh dunia semalam ‘ketawa’ apabila tular berita penarafan Petronas jatuh kepada negatif!

Justeru tidak hairanlah Datuk Seri Najib Tun Razak secara sinis ucap ‘tahniah’ kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) berikutan penilaian oleh agensi penarafan antarabangsa, Moody’s terhadap syarikat petroleum negara itu.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, kemungkinan besar penarafan kredit negara juga akan dipengaruhi ekoran nilai baharu Petroliam Nasional Berhad (Petronas) daripada stabil selama ini kepada negatif bakal beri kesan ketara.

“Inilah hasil kecekapan urus kewangan negara dan langkah bijak yang diambil dalam Belanjawan 2019 seperti jarah Petronas untuk bayar dividen tinggi bagi tampung kekurangan hasil,” katanya melalui laman sosial Facebook beliau.

Najib namun turut menyuarakan kebimbangan tentang apa yang bakal berlaku jika harga minyak mentah jatuh di pasaran dunia kerana penilaian negatif itu diberikan terhadap Petronas berlaku dalam situasi harga minyak tinggi.

Bekas Menteri Kewangan tersebut seterusnya mempersoalkan sama ada kerajaan baharu Malaysia mempunyai penampan sekiranya berlaku krisis harga minyak antarabangsa sekali lagi ekoran ketidakstabilan geopolitik global.

Sebagai perbandingan, Najib berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu berusaha bersungguh-sungguh untuk kurang kebergantungan pendapatan negara kepada hasil petroleum dengan inisiatif pelbagaikan sumber ekonomi.

“Ia selaras keperluan semasa dan sejajar arus perkembangan ekonomi dunia. Tetapi kerajaan PH hendak kembali ke zaman lama pula. Tidak pernah dibuat orang,” ujarnya dalam nada sindiran terhadap rejim pentadbiran baharu.

Semalam, Moody’s Investors Service mengesahkan penerbit domestik dan penarafan tidak bercagar kanan mata wang asing bagi Petronas masih pada A1, namun mengubah prospek kepada negatif daripada stabil sebelum ini.

Naib Presiden Moody’s, Vikas Halan berkata, keputusan itu kerana profil kewangan Petronas mungkin merosot jika kerajaan PH terus paksa syarikat tersebut bayar dividen yang tinggi, terutama ketika harga minyak global jatuh.

Beliau berkata, ini berikutan pengumuman oleh kerajaan PH bahawa Petronas akan bayar dividen sebanyak RM26 bilion pada 2018 dan RM54 bilion pada 2019 merangkumi dividen istimewa sekali gus berjumlah RM30 bilion.

“Keadaan sedemikian tidak lagi sokong tahap penarafan syarikat yang ketika ini di dua tahap kedudukan berdaulat. Dalam senario ini, penarafan Petronas mungkin dikekang kepada tidak lebih daripada satu kedudukan,” katanya.

Halan merujuk Belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Dewan Rakyat pada November lalu mengenai Petronas dikerah buat bayaran tambahan kepada kerajaan PH. – Agensi/Mynewshub.TV

Loading...