Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Rangka Manusia Tanpa Identiti...

KLUANG: Satu rangka manusia tanpa pengenalan diri ditemukan berhampiran sebatang sungai di Ladang...

Bayi 2 Bulan Derita...

JOHOR BAHRU - Seorang bayi perempuan berusia dua bulan yang menderita penyakit Hypotonia...

Pelancong China Didakwa Tipu...

KOTA KINABALU - Seorang pelancong China mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di...

Lelaki Tegur Sikap Pemandu...

TIDAK keterlaluan rasanya jika kita katakan bahawa rakyat Malaysia ini sangat sinonim dengan...

Najib Sindir PH Hari Ini Beza Ketika Dulu Pembangkang

TINDAK-TANDUK kerajaan kini amat berbeza ketika mereka dalam pembangkang terutamanya apabila mereka sudah berkuasa memegang jawatan utama sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, dakwa Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Melalui akaun Facebook peribadi Najib, beliau mengeluarkan kenyataan menerusi catatan bertajuk Politik atau fakta? dengan mengatakan hutang negara kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kini 65 peratus amat berbeza dari angka rasmi 50.9 peratus.

Dakwaan kerajaan mengatakan hutang negara berjumlah RM1 trilion tidak memberikan bukti terperinci sebaliknya hanya menimbulkan kesukaran dalam pasaran kewangan, agensi penarafan dan keyakinan pelabur dalam institusi negara seperti Bank Negara Malaysia (BNM).

“Sepatutnya harus ada perbezaan jelas antara naratif politik dan fakta. Mencampur aduk kedua-duanya akan menimbulkan keraguan mengenai krediliti dan profesionalisme institusi terbabit yang ditadbir oleh undang-undang Malaysia dan mengikut piawaian antarabangsa.

“Berdasarkan daripada kenyataan yang membimbangkan dan mengelirukan ini, Indeks Bursa Malaysia mengalami kejatuhan paling banyak di antara semua pasaran saham di seluruh dunia, mengakibatkan berpuluh bilion ringgit dalam nilai pasaran hilang dalam tempoh satu hari,” kata Najib menerusi akaun Facebook peribadinya.

Tambah beliau, hal tersebut terbukti dengan penurunan indeks Bursa negara iaitu 40.78 mata bersamaan 2.21 peratus hari ini sedangkan indeks Bursa Indonesia meningkat 0.71 peratus.

Berdasarkan portal berita perniagaan The EdgeMarkets, Najib memberitahu kejatuhan mendadak dalam pasaran saham negara disumbangkan oleh kebimbangan terhadap hutang awam.

Perkara tersebut sekali gus akan menjejaskan dana negara seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan PNB (Permodalan Nasional Berhad). Ia boleh mengakibatkan penurunan kadar dividen bagi anggotanya untuk tahun ini.


Menurut Najib lagi, penurunan nilai akan menyebabkan kos pembiayaan hutang menjadi lebih tinggi, iaitu sebanyak RM10 bilion setahun ke atas negara dan ia menyebabkan bank membuat pinjaman dari pasaran antarabangsa untuk menampung kerugian.

Dari sudut lain, ia boleh menyebabkan aliran keluar modal yang besar daripada pelabur asing dan menjadikan nilai Ringgit semakin lemah.

“Walaupun anda (kerajaan Pakatan Harapan) mungkin mahu memfitnah dan menyalahkan saya untuk memberikan persepsi mengenai kedudukan kewangan yang sangat teruk, untuk membenarkan mengapa anda tidak dapat menunaikan janji manifesto anda, dan memotong perkhidmatan awam secara besar-besaran, anda harus ingat bahawa negara dan rakyat mesti didahulukan.

“Anda juga boleh mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan mengenai 1MDB atau memberitahu separuh cerita mengenainya untuk menyalahkan saya, tetapi masa untuk bermain politik sudah berlalu.

“Kata-kata yang dituturkan ketika berkuasa menyebabkan kerugian sebenar kepada negara dan rakyat seperti yang terbukti hari ini menerusi kejatuhan pasaran saham. Ia bukan mengenai undi lagi,” ujar Najib. – MYNEWSHUB.CC

Kategori