Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bruce Willis Hidap Demensia

NEW YORK: Pelakon, Bruce Willis, 67, disahkan menghidap penyakit demensia atau kemerosotan fungsi...

PRK DUN Slim 29...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan...

Genosid Rohingya Isu Sejagat,...

KUALA LUMPUR - Kekejaman ke atas etnik Islam Rohingya ini bukanlah satu isu...

Pemimpin Pakatan Harapan Mahu...

KUALA LUMPUR - PAS Selangor mendedahkan terdapat pemimpin Pakatan Harapan mahu Parti Amanah...

Najib Sindir PH Celaru Sebab Tiada Grup WhatsApp

SINIS… Datuk Seri Najib Tun Razak bersungguh-sungguh harap kerajaan Pakatan Harapan (PH) dapat menghentikan kecelaruan dalam pentadbiran negara agar tidak pula menyusahkan rakyat.

Najib malah mencadangkan anggota kerajaan PH mewujudkan kumpulan aplikasi sosial seperti WhatsApp atau Wechat sesama mereka supaya mudah berhubung untuk buat keputusan demi menjayakan dasar-dasar negara.

Beliau berkata demikian apabila baca tiga berita yang dilaporkan hari ini terutama kelewatan pembayaran kepada peneroka Felda dan Menteri Besar Johor tidak dapat ‘restu’ Kerajaan Persekutuan melawat Pelabuhan Johor Bahru.

“Felda di bawah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Menteri Hal Ehwal Ekonomi) nafi dakwaan Lim Guan Eng (Menteri Kewangan) semalam lewat bayar peneroka selepas Guan Eng lulus peruntukan khas RM77 juta bagi Felda.

“Tolonglah, buatlah kumpulan WhatsApp sesama sendiri atau Wechat. Ada lagi peneroka-peneroka yang mengadu masih tidak dibayar,” kata bekas perdana menteri itu menerusi hantaran dalam laman Facebook beliau, hari ini.

Satu lagi berita ialah mengenai Kementerian Luar sangkal kenyataan Datuk Osman Sapian yang dakwa kononnya beliau telah dapat ‘restu’ secara tidak rasmi daripada Menteri Luar (Datuk Saifuddin Abdullah) dan timbalannya.

Ini untuk menteri besar itu melawat perairan di Pelabuhan Johor yang kemudian cetuskan pergaduhan dengan Kerajaan Singapura dan Najib secara sindir mengulas berita tersebut: “Ini pun perlukan kumpulan Wechat.”


Berita ketiga yang dikongsikan Najib ialah mengenai Exco Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Muhamad Jailani Khamis memfailkan saman malu terhadap fitnah oleh Naib Ketua Cabang PKR Kota Melaka, Mohd. Ashiq Abd. Samad.

Ini kerana pemimpin parti itu menuduh beliau melantik kakaknya menjadi ‘Ketua Pegawai Eksekutif’ Zoo Melaka dan Najib dalam nada sinis berkata: “Saya hanya boleh geleng kepala.

“Tadi, saya dengar dari penduduk bahawa kos baja dan racun serangga untuk petani di Cameron Highlands sudah naik 50 peratus. Kalau kos input petani naik begitu banyak, tidak lama lagi harga sayur untuk rakyat juga akan naik.

“Satu Malaysia sudah huru-hara dan cacamarba di bawah mereka. Wahai PH, demi negara, tolonglah hentikan semua ini. Negara bukan bahan jenaka,” kata Najib lagi dalam nada agak kesal. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori