Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Hari Malaysia Perlu Disambut...

KUALA LUMPUR - Sambutan Hari Malaysia perlu dilakukan dengan aktiviti yang mencerminkan perpaduan,...

Pekerja Tempatan Tidak Terkesan...

KULIM - Pekerja tempatan tidak akan terkesan dengan pemansuhan Akta Pampasan Pekerja 1952,...

Tular Video Datuk Siti...

FENOMENA sebutan 'Om Telolet Om' di negara jiran, Indonesia memang sudah diketahui umum...

TMJ, Che Puan Khaleeda...

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri baginda,...

Najib Sindir Mazlan Isu Tanaman Alternatif

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara sinis menyindir Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Mazlan Aliman yang bersedia memberikan kepakaran untuk tanaman alternatif kepada sawit di Felda dan Fecra.

Katanya, jika dahulu Mazlan sering mengutuk dan menghasut peneroka Felda dengan mengemukakan pelbagai idea tetapi mengapa sekarang mencadangkan untuk menukar tanaman.

“Bukan luaskan pasaran, bukan cari pembeli dan bukan tingkatkan industri hiliran. Nak peneroka dan pekebun kecil kita tanam apa?

“Di Malaysia ada lebih 5 juta hektar ladang kelapa sawit. Ingat tanaman di ladang semua ini kalau nak tukar macam tukar pokok bunga kat pasu?” soalnya menerusi hantaran di Facebooknya.

Mazlan semalam berkata, Felda mempunyai rizab tanah yang luas dan boleh diusahakan untuk tanaman baharu dengan tempoh hasil tuaian singkat.


Beliau berkata, menerusi kerjasama LPP dan agensi berkaitan seperti Felda dan Felcra, pihaknya akan cuba membangunkan tanaman baharu bagi mengurangkan kebergantungan kepada komoditi sawit.

Kenyataan tersebut dibuat sebagai respons kepada, Menteri Industri Utama, Teresa Kok yang mencadangkan pekebun kecil beralih kepada tanaman baharu seperti kelapa, nanas atau buluh.

Tambahnya, inisiatif itu dilihat dapat membantu meringankan beban pekebun kecil yang terkesan dengan kejatuhan harga minyak sawit pada tahun lalu.

Kategori