Najib Sindir Kit Siang ‘Bersihkan’ Namanya

SINIS… Datuk Seri Najib Tun Razak sindir Lim Kit Siang kerana mampu ‘bersih’ namanya daripada terpalit dakwaan kes kematian Setiausaha…

SINIS… Datuk Seri Najib Tun Razak sindir Lim Kit Siang kerana mampu ‘bersih’ namanya daripada terpalit dakwaan kes kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Beliau dalam nada sinis berkata, nampaknya Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Suruhanjaya Siasatan Diraja tidak dapat ‘bersih’ namanya, tetapi pemimpin DAP itu pula mampu berbuat demikian.

“Najib tidak bunuh Beng Hock,” kicau Kit Siang hari ini melalui akaun sosial Twitter miliknya merujuk kematian Beng Hock ketika disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada 16 Julai 2009 lalu.

Mayat mendiang ditemui di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam selepas dirakamkan keterangan oleh pihak SPRM di timgkat 14 bangunan tersebut berhubung kes rasuah melibatkan pemimpin DAP negeri berkenaan.

“Bukan main lama. Hanya 10 tahun sahaja, jentera propaganda DAP sengaja letak nama dan gambar saya bersama-sama dengan mendiang Beng Hock untuk menuduh saya konon sebagai pembunuhnya.

“Mengapa Kit Siang dari dulu lagi tidak pernah berkata demikian?” kata Najib menerusi hantaran dalam akaun sosial Facebook miliknya hari ini yang menyindir sikap berdiam diri Ahli Parlimen Iskandar Puteri tersebut.

Lucunya, Kit Siang menerusi kicauan Twitter hari ini menyebut, bekas perdana menteri itu tidak membunuh Beng Hock, namun kerajaan Najib perlu bertanggungjawab ke atas kematian lelaki tersebut. – Agensi/Mynewshub.TV