Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Temui 40 Tong...

RAWANG - Polis menemui 40 tong bahan buangan berjadual dalam sebuah premis di Jalan...

Dua Pengurus IT Ditahan...

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pengurus syarikat komputer kerana...

Warga Singapura Maut Di...

SEREMBAN - Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi warga Singapura, maut dalam kemalangan di...

Budak 11 Tahun Saksi...

NEW DELHI – Seorang budak lelaki berumur 11 tahun hadir di Mahkamah Agung...

Najib, Rosmah Lebih 3 Jam Di Bank Negara

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Bank Negara Malaysia (BNM) di sini untuk menjalankan pemeriksaan secara fizikal ke atas barang dirampas dan didakwa berhubung kait dengan siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib dan Rosmah terdahulu tiba kira-kira jam 9.15 pagi menaiki Proton Perdana hitam dengan ditemani anaknya Nooryana Najwa.

Timbalan Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Urusetia Ketua Polis Negara Bukit Aman, Asisten Komisioner Amran Yaacob berkata, pasangan terbabit bersama anaknya selesai menjalankan pemeriksaan barang ekshibit kes kira-kira jam 12.45 tengah hari.

“Mereka ditemani peguam masing-masing. Di peringkat kita, proses tersebut berjalan lancar.

“Sama ada akan ada pemeriksaan semula, kita masih belum menerima apa-apa arahan lagi,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.Najib dan isterinya meninggalkan BNM, Kuala Lumpur kira-kira jam 12.45 tengah hari hari ini selepas menjalankan pemeriksaan secara fizikal ke atas barang dirampas dan didakwa berhubung kait dengan siasatan kes 1MDB. 

Terdahulu, kira-kira 20 pengamal media menunggu di luar pekarangan BNM bagi mendapatkan reaksi Najib dan Rosmah berhubung barang rampasan berkenaan.


Pada 3 Februari lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan Najib dan keluarga untuk menjalankan pemeriksaan secara fizikal ke atas barang yang didakwa berhubung kait dengan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam penghakimannya, Hakim Mohamed Zaini berkata, Najib, Rosmah dan Nooryana perlu diberi peluang untuk memeriksa barang yang dirampas itu.

Hakim berkata, responden (pendakwaan) yang bimbang terhadap aspek keselamatan boleh memastikan pemeriksaan itu dilakukan dalam premis yang dikawal oleh mereka dengan langkah-langkah keselamatan yang ditetapkan. – Sinar Harian

Kategori