Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Doktor Tidak Sedar Miliki...

GURUN - Seorang doktor gigi tidak menyangka kereta yang dibelinya dengan bayaran pendahuluan...

PM Bakal Umum Berita...

KOTA BHARU : Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan berita gembira iaitu projek...

Mangsa Banjir Di Pahang...

KUANTAN: Seramai 2,641 mangsa daripada 816 keluarga ditempatkan di 21 pusat pemindahan sementara...

Cuaca Panas Di Lautan...

KUALA LUMPUR - Cuaca panas yang sedang berlaku di selatan Lautan Hindi pada...

Najib, Rosmah, Anak Fail Notis Periksa Barang Sita

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta anak perempuan mereka memfailkan notis usul bagi mendapatkan butiran lengkap dan memeriksa barangan yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk 315 beg tangan pelbagai jenama dan wang tunai pelbagai mata wang asing.

Perkara itu dimaklumkan peguam Syahirah Hanapiah, yang mewakili Najib dan peguam Azrul Zulkifli Stork bertindak bagi pihak Rosmah dan anaknya, Nooryana Najwa Mohd Najib kepada pemberita selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan.

Najib memfailkan notis usul itu pada 18 Julai manakala isteri dan anaknya mengemukakan notis usul pada 19 Julai lepas dengan menamakan pendakwa raya sebagai responden.

Dalam notis usul itu, Najib, 66, memohon supaya responden membekalkan atau menzahirkan gambar berwarna berserta deskripsi lengkap seperti label, lambang, kad hadiah, bungkusan dan kotak yang dijumpai bersama dengan harta alih yang disita oleh SPRM pada 17 Mei tahun lepas.

Najib memfailkan permohonan itu atas alasan sebahagian daripada kandungan kotak-kotak, beg serta bekas simpanan yang menjadi sebahagian daripada harta alih yang dirampas telah dikeluarkan daripada bungkusan asalnya dan ia menyebabkan kekeliruan bagi membuat pengecaman terhadap harta alih berkenaan.

Rosmah, 68, dan Nooryana, 31, pula memohon supaya diberi kebenaran untuk membuat pemeriksaan fizikal dan meneliti harta-harta alih yang disita dan berada dalam jagaan SPRM.

Menurut kedua-dua notis usul itu, antara barangan yang dirampas ialah 315 beg tangan pelbagai jenama, 14 utas jam dan 27 pasang kasut pelbagai jenama serta wang tunai pelbagai mata wang asing antaranya membabitkan wang tunai RM537,000, Pound Sterling 2,700, Rupee Sri Lanka 2,870,000, wang lama Ringgit Malaysia RM187,750 dan Pound Sterling 320,500.


Sementara itu, dalam prosiding hari ini mahkamah menetapkan 14 Oktober untuk mendengar permohonan Najib, Rosmah dan Nooryana.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Faten Hadni Khairuddin berkata, pihaknya memerlukan masa untuk membuat kajian undang-undang kerana Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 tidak memperuntukkan prosedur khusus untuk memenuhi permohonan ketiga-tiga pemohon.

Pada 30 Mei lepas, Mahkamah Tinggi di sini membenarkan pihak pendakwaan mewartakan notis kepada pihak ketiga yang mempunyai kepentingan ke atas ratusan beg tangan pelbagai jenama, wang tunai pelbagai mata wang asing, jam tangan dan 27 kereta yang dirampas daripada pasangan suami isteri itu bersama tiga anak mereka dan 13 individu lain serta beberapa syarikat.

Mahkamah membenarkan permohonan pendakwaan mengikut Akta 56 dan 61(2) Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Notis berkenaan adalah bagi membolehkan pihak berkepentingan terbabit untuk tampil ke mahkamah pada hari yang akan ditetapkan kemudian bagi memberikan alasan mengapa harta berkenaan tidak sepatutnya dilucut hak oleh kerajaan.

Kategori