Najib Pernah Bantah SRC Pinda Tujuan Pinjaman Kedua

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Kumpulan Wang Persataan Diperbadanankan (KWAP) yang menyambung keterangannya hari ini berkata, Datuk Seri Najib Razak pernah membantah pindaan tujuan pinjaman kedua SRC International Sdn. Bhd. dilakukan.

Tan Sri Wan Abdul Aziz Wan Abdullah berkata demikian ketika soal jawab peguam bela bekas Perdana Menteri iaitu Farhan Read di Mahkamah Tinggi hari ini.

Najib ujarnya membantah meluaskan tujuan pinjaman syarikat tersebut menerusi sebuah mesyuarat.

Farhan: Adalah tidak betul untuk mengatakan mesyuarat (12 April 2012)  ia dibuat bagi meluaskan tujuan pinjaman. Mesyuarat ini berlaku kerana satu percanggahan (berkenaan tujuan pinjaman) yang dibangkitkan jabatan perundangan.

Aziz: Ya setuju.

Farhan: (Ini ialah) mesyuarat di mana SRC mahu terma  pinjaman diluaskan tetapi tidak dipersetujui (pihak lain)?

Aziz: Ya betul.

Farhan: Najib ‘tak okey’ dengan permintaan SRC untuk meluaskan terma?

Aziz: Ya.

Wan Abdul Aziz berkata demikian bagi merujuk dakwaan percanggahan berkenaan tujuan pinjaman RM2 bilion kedua yang dipersetujui Kabinet pada Februari 2012, ketika ia meluluskan untuk memberi jaminan kerajaan kepada SRC.

Selain itu saksi ke-45 itu bersetuju dengan cadangan peguam utama bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bahawa adalah tidak menjadi kesalahan untuk Kementerian Kewangan meminta Kumpulan Dana Persaraaan Diperbadankan (KWAP) memberikan pinjaman RM2 bilion kepada SRC  sebelum surat jaminan kerajaan dikeluarkan.

Aziz juga tidak menolak  KWAP tidak berhadapan risiko tinggi mengeluarkan wang pinjaman terlebih dulu

Beliau yang juga merupakan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan setuju dengan cadangan peguam bahawa tidak ada keraguan terhadap keaslian tandatangan Najib pada dokumen yang diterima daripada SRC International tahun  2012 untuk memberi keizinan kepada permohonan syarikat itu membuat pinjaman RM2 bilion lagi daripada KWAP.

Loading...