Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kos Sara Anak Tinggi...

MELAKA - Kos membesarkan anak yang tinggi adalah antara faktor utama mengapa kadar...

Tak Menyepi Cuma Banyak...

AKTOR kacak dan tinggi lampai, Idris Khan seolah-olah menyepi dari industri hiburan tempatan...

PSM Harap Harimau Malaya...

KUALA LUMPUR - Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) berharap Stadium Nasional di Bukit Jalil,...

Video: Pemuda Kelantan Fasih...

JARANG sekali kita dapat berjumpa dengan orang Melayu boleh berbahasa asing dengan fasih, tetapi berlainan pula...

Najib Perlu Jawab Misteri RM39 Juta Sekolah Tamil

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sekali lagi menempelak bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilihat cuba mengalihkan perhatian berhubung peruntukan untuk sekolah Tamil di negara ini.

Beliau berkata Najib perlu menjawab persoalan yang lebih utama berhubung misteri ‘peruntukan’ RM39.7 juta bagi 13 sekolah Tamil yang dijanjikan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini tanpa mendapat peruntukan dan kelulusan Kabinet.

“Jangan lari daripada tajuk kerana beliau telah dipersoalkan tentang duit misteri yang diberikan kepada sekolah Tamil yang ditanya ke mana ghaibnya duit itu di zaman beliau menjadi perdana menteri. Jadi beliau perlu jawab dan jangan alihkan isu ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Pek Kembali ke Sekolah McDonald’s Malaysia di sini, hari ini.

Pada 26 Oktober, portal Malaysiakini melaporkan bahawa pemeriksaan Kementerian Pendidikan dengan Kementerian Kewangan mendapati kabinet BN tidak meluluskan sebarang peruntukan yang diumumkan ​​​​​​​kepada sekolah terbabit yang dibuat sebelum pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei lepas.

Ia dibangkitkan oleh Majlis Lembaga Sekolah-sekolah Tamil Malaysia (MAST) setelah peruntukan itu masih belum diterima sehingga kini.

Sebelum ini Najib dan Maszlee saling berbalas kenyataan apabila Najib terlebih dahulu memuat naik posting di Facebook semalam yang menyindir Maszlee berkenaan kenyataan beliau di Parlimen mengenai ​​​​​​​pendidikan di Malaysia ‘hampir percuma’ dan kerajaan akan mengekalkan yuran universiti.

Maszlee turut membalas sindiran itu di Facebook hari ini dengan berkata pendidikan ​​​​​​​percuma ​​​​​​​boleh dikecapi sekiranya pemimpin tidak menggunakan duit rakyat untuk membeli barangan​​​​​​ mewah bagi ​​​​​​​isteri dan keluarga.

Sementara itu, beliau turut mempersoalkan tindakan Najib yang tidak profesional apabila lari daripada ​​​​​​​temu bual dalam sebuah program bersama hos Al-Jazeera, Mary Ann Jolley.


“Beliau perlu bertanggungjawab apabila memalukan negara dengan cabut lari daripada wawancara Al-Jazeera. Beliau sebagai mantan perdana menteri telah menunjukkan sikap tidak gentlemen dan tidak profesional,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu, Maszlee menggesa sektor swasta​​​​​​​ untuk terus ​​​​​​​memainkan peranan dalam menyumbang kepada sektor pendidikan negara.

“Di Kementerian Pendidikan, kami mementingkan Perkongsian Awam Swasta (PPP) ke arah penglibatan masyarakat, sektor awam dan sektor swasta melalui program permuafakatan serta perkongsian pintar,” katanya.

Menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR) lebih 17,000 kanak-kanak daripada golongan miskin bandar di seluruh negara menerima ​​​​​​​sumbangan berupa set pakaian seragam, sepasang kasut sekolah dan beg sekolah bernilai RM1.7 juta yang ditaja oleh Mc Donald’s Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC). – BERNAMA

Kategori