Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Biar Betul? PRU Calon...

LAWAK POLITIK.... Alasan semua tentu boleh bagi pelbagai dalih. Namun macamlah tidak kenal...

Perodua Melancarkan Bezza Di...

KUALA LUMPUR - Pengeluar kereta nasional, Perodua melancarkan Bezza di Mauritius, menjadikan negara...

Gara-Gara Diejek, Dua Lipa...

BAGI seorang figura awam yang dikenali ramai, menjadi bahan lawak dan mendapat kecaman...

Beberapa Projek Besar Di...

IPOH - Kerajaan Perak akan mengkaji semula pelaksanaan beberapa projek besar yang telah...

Najib Nasihat Tajuddin Mohon Maaf

Dari Facebook Najib Razak

SEBENTAR tadi saya telefon Pengerusi Prasarana, Tajuddin Abdul Rahman yang juga merupakan Ahli Parlimen UMNO. Dan dia boleh agak apa yang saya nak cakap.

Beliau mengaku buat kesilapan dalam sidang media mengenai kemalangan LRT.

Justeru, beliau menerima nasihat serta teguran saya untuk:

1) Meminta maaf atas cara pengendalian sidang media sebab tragedi di mana ramai cedera parah bukan masa untuk berseloroh. Dia akui, dia tak sepatutnya mengendalikan sidang media sebegitu rupa. Dia sendiri akui, sidang media itu sepatutnya dikendalikan dengan lebih baik dan penuh empati serta maklumat. Dia juga akan meminta maaf kepada wartawan yang hadir terutama wartawan Phoenix TV.

2) Selain menanggung kos perubatan penuh, Tajuddin juga akan meminta Prasarana menaikkan jumlah bantuan kewangan kepada mereka yang cedera dari RM1,000 ke satu angka yang lebih memuaskan. Ini bukan pampasan tetapi bantuan kecemasan untuk mangsa.

Prasarana juga akan membantu mangsa untuk menuntut pampasan dari PERKESO dan dari majikan yang mempunyai insurans swasta bagi pekerja.


3) Berjanji bahawa dia akan memastikan siasatan penuh punca tragedi tidak akan menyorok sebarang maklumat atau melindungi sesiapa serta memastikan penambah baik SOP keselamatan akan dilaksanakan secepat mungkin agar tragedi seumpama ini tidak berulang.

4) Berjanji akan letak jawatan sebaik sahaja MKT UMNO arahkan semua ahli UMNO untuk meletak jawatan pada masa yang sesuai seperti keputusan PAU UMNO beberapa bulan lepas.

Saya berterima kasih pada YB Tajuddin yang merupakan sahabat lama saya sebab terbuka hati dengan nasihat dan teguran saya.

Kategori