Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Buru Seorang Suspek...

MUAR - Polis menahan tiga lelaki dan sedang memburu seorang lagi yang disyaki...

Pengasuh Tidak Mengaku Salah...

IPOH - Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari...

Sidang Dewan Rakyat Tertangguh...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat hari ini ditangguhkan lebih dua minit kerana...

Video: Prank Tercirit Dalam...

Pasti semua orang pernah alami situasi sakit perut yang teramat ketika di luar...

Najib Nafi Tak Pernah Bersuara Isu Pekebun Durian

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan beliau tidak pernah bersuara mengenai isu 111 pekebun durian yang meneroka tanah kerajaan negeri secara haram di sekitar Raub, Pahang.

Malah Najib menegaskan bahawa beliau adalah antara yang terawal membangkitkan atau menyentuh soal tanah kebun berkenaan.

Menurutnya, selepas perkara itu dibangkitkan, beliau dimaklumkan oleh Menteri Besar Pahang, bahawa isu itu dalam perhatian dan sedang diteliti.

“Ada yang tuduh saya tak sentuh isu tanah ladang durian di Raub. Sebenarnya, saya antara paling awal memberi pendapat tentang isu ini.

“Bagaimanapun, saya diberitahu bahawa Menteri Besar Pahang sedang meneliti isu ini. Sebab itu, kita beri ruang yang sepatutnya kepada mereka untuk menjalankan tugas,” katanya di Facebook miliknya hari ini.

Najib mengulas tuduhan yang dilempar kepadanya, konon beliau tidak menyentuh langsung isu tanah ladang durian yang diusaha pekebun terbabit secara tidak sah.


Terdahulu, seramai 111 pekebun durian musang king di Raub mendapatkan perintah penggantungan sementara terhadap notis pengosongan tanah kebun dan pajakan di beberapa lokasi di sekitar daerah Raub.

Peguam Siew Choon Jern yang mewakili semua pekebun terbabit berkata, keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Zainal Azman Ab Aziz selepas mendengar hujahan daripada pemohon dan wakil responden berhubung tuntutan tersebut.

Menurutnya, mahkamah tiada bantahan dan membenarkan penggantungan notis yang dikeluarkan responden sehingga tarikh pendengaran semula permohonan dijadualkan pada 28 Oktober depan. – Sinar Harian

Kategori