Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Video: Lagi Kes Curi...

KEDAI dobi layan diri memang dijadikan pilihan kebanyakan warga kota kerana ianya memudahkan...

Pemantau Bersih Halang Pengamal...

PEMANTAU serta sektretariat Bersih 4 di Dataran Merdeka mencetuskan provokasi terhadap pengamal media...

Sultan Selangor Titah Papan...

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya semua papan...

Singapura Tutup Premis Warisan...

PUPUS... Usaha pemerintah Singapura hapus segala warisan Melayu semakin rancak dilakukan dan terbaharu,...

Najib Minta MP DAP Rujuk Tangguh Kes Guan Eng

DIDAKWA sengaja mencari alasan untuk melengah-lengahkan perbicaraannya, Najib Razak hari ini meminta anggota parlimen DAP terbabit melihat apa yang dilakukan salah seorang pemimpin mereka.

Kata bekas perdana menteri itu salah satu contoh yang boleh diambil ialah bagaimana kes pembelian banglo di bawah harga pasaran membabitkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Menurut Najib kes itu – yang turut menyaksikan seorang ahli perniagaan, Phang Li Koon, didakwa bersama Lim di mahkamah – bermula pada Jun 2016.

Katanya sehingga kes berkenaan ditarik balik pada September 2018, enam penangguhan dibuat melibatkan pelbagai sebab.

“Sementara itu saya membiarkan YB Wong Kah Woh bersama kronologi itu (merujuk kepada penangguhan kes Lim) dan menunggu komen balasnya.

“Saya yakin beliau tahu bagaimana untuk menghitung bulan dan tahun,” katanya yang kemudian menyenaraikan tarikh dan alasan penangguhan perbicaraan Lim serta Phang.

Pada awal April lalu Wong mendakwa Najib yang awalnya kelihatan berani berdepan kes rasuah dan salah guna kuasa kemudian membuat pusingan U apabila berulang kali cuba mengelak daripada dibicarakan.


Wong yang juga anggota parlimen Ipoh Timur menambah dalam tempoh kurang dari 24 jam Najib mendedahkan wajahnya yang sebenar apabila peguamnya Harvinderjit Singh memberitahu mahkamah anggota parlimen Pekan itu memohon untuk membuat semakan kehakiman keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak membenarkan kes itu ditangguhkan.

“Pusingan U besar oleh Najib itu pastinya tidak sejajar dengan apa yang diharapkan daripada seseorang yang menggelarkan dirinya ‘bossku’ akhir-akhir ini.

“Sekarang adalah masa rakyat bertanya Najib: Apa yang kamu takutkan?” kata Wong.

Untuk rekod Najib mula dibicarakan atas tuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa – membabitkan dana RM42 juta – di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam. – Malaysiakini

Kategori