Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Bimbang Bayi, Ibu Berpindah...

DUNGUN - "Sebaik melihat air mula naik setinggi paras lutut di halaman rumah,...

171 Bahagian UMNO Mahu...

Sekurang-kurangnya 171 bahagian UMNO dikatakan meminta kerajaan mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).Ini...

Kabinet Perang Trump Ancam...

KABINET terbaru Presiden Donald Trump menunjukkan gerakan ke arah pelaksanaan dasar luar yang...

Pelajar Sweden Maut Jatuh...

SUBANG JAYA - Gara-gara tertinggal kunci rumah, seorang pelajar lelaki kolej swasta warga...

Najib Mahu Menteri Minta Maaf Apabila EHP Bayar Felda

KUALA LUMPUR – Najib Razak berkata wawancara pengurus besar Eagle High Plantations (EHP) dalam satu akhbar tempatan hari ini mengesahkan Felda tidak akan kerugian dengan pembelian kepentingan dalam syarikat Indonesia itu, dan juga bermakna lembaga itu tidak ditipu.

Bekas perdana menteri berkata dalam wawancara itu, EHP mengesahkan adanya klausa “put option”, dan menafikan mereka tidak mahu membayar balik kos pembelian kepentingan 37% kepada Felda dengan kadar faedah 6% setahun.

“Mereka juga menafikan bahawa wujudnya kes mahkamah di mana EHP saman Felda supaya EHP tidak perlu bayar – sekaligus membuktikan menteri berbohong di Dewan Rakyat lagi,” katanya di Facebook.

Najib menepis dakwaan mengatakan klausa “put option” tersebut “tidak laku” kerana Felda meminta EHP membayar balik AS$500 juta itu pada Februari.

“Kalau minta pada Februari, adakah logik awal bulan April sudah terima seluruh bayaran itu? Ini kan AS$500 juta dan bukan RM50,” katanya.

Najib percaya pembayaran seperti itu memerlukan masa untuk mengatur sumber kewangan, serta perlu melalui proses seperti dalam perjanjian.

Beliau juga mengingatkan EHP dimiliki seorang ahli perniagaan yang disenaraikan oleh Forbes sebagai orang ke-14 paling kaya di Indonesia.

“Apabila EHP membayar balik dengan sepenuhnya termasuk faedah, saya harap menteri dan Felda meminta maaf kepada saya kerana tuduh saya menipu Felda dengan pembelian EHP ini sehingga membuat laporan polis,” katanya.

Selepas membaca wawancara The Edge itu, Najib berpandapat EHP sangat ingin mengambil semula kepentingan saham daripada Felda.

Beliau berkata semasa Malaysia melabur dalam EHP, ia masih ladang baru dan kebanyakan pokok swait yang ditanam masih muda dan belum berhasil.


“Kini sudah masuk masa untuk pokok matang,” katanya.

“Jika harga minyak sawit naik atau bertahan, EHP tentu akan untung besar dalam masa 1, 2 tahun lagi. Malangnya pada masa itu, Felda tak ada lagi kepentingan dalam EHP.”

Felda, melalui anak syarikatnya FIC Properties Sdn. Bhd., menandatangani perjanjian dengan syarikat Indonesia, PT Rajawali Capital International pada 2016 untuk membeli 37% pegangan dalam EHP pada harga AS$505.4 juta.

Turut terkandung dalam perjanjian tersebut ialah hak untuk menjual saham berkenaan pada harga pembelian asal dengan faedah tahunan sebanyak 6% yang harus ditanggung oleh syarikat Indonesia itu.

Sebelum ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali dilapor berkata Rajawali Capital tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk membeli semula EHP meskipun Felda mengaktifkan “put option”.

Beliau berkata demikian berdasarkan kepada respons Rajawali Capital yang menolak cadangan Felda selepas ia mahu mengaktifkan hak untuk menjual kepentingannya pada awal tahun ini.

Menurut Azmin lagi, beliau dimaklumkan EHP juga akan mencabar keputusan Felda yang mahu menjual kepentingannya dalam EHP dan akan membawa perkara itu kepada timbang tara. – FMT

Kategori