Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemilihan Terbuka Piala Presiden...

KANGAR - Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) mengadakan pemilihan terbuka untuk mencari barisan...

Dakwaan Nelayan Filipina Dikasari...

KUALA LUMPUR - Siasatan awal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mendapati dakwaan sekumpulan...

‘Saya Harap Saya Tak...

PENYANYI Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, mengakui dirinya berharap agar...

Matlamat PLKN Di Malaysia...

KUALA LUMPUR - Matlamat pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Malaysia tidak...

Gurauan PM Mengenai Wajah Dirinya Dahulu Dan Kini

MESKIPUN sibuk dengan jadual padat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sempat lagi berjenaka mengenai keadaan wajah dirinya ketika zaman muda berbanding sekarang.

Menerusi kicauan terbaharu dalam akaun Twitter, beliau berkongsi beberapa imej foto daripada kad pengenalan lamanya yang jelas menunjukkan sisi wajahnya pada waktu kecil, remaja sehingga ke masa kini.
Gurauan PM Mengenai Wajah Dirinya Dahulu Dan Kini

Menariknya, Najib dalam nada berseloroh turut menyatakan perbezaan ketara fizikal dirinya terutama keadaan rambutnya yang kini sudah semakin jarang.

“Evolusi saya dilihat dari kad pengenalan. Kemerosotan dan pemutihan rambut yang ketara. Hadiah daripada @jpnm_official. Terima kasih,” tulisnya pada kapsyen gambar.

Gambar yang dihadiahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu memaparkan ketika beliau berumur 12 ,18 dan 63 tahun.

Twit berkenaan sehingga kini mendapat lebih daripada 1,900 perkongsian dan 1,300 ‘like’ sejak dimuat naik pada semalam.


“PM asalnya seorang yang kacak, korang lihatlah sendiri gambar ketika beliau dari muda sehingga sekarang, tetap macho,” tulis Izzat Norhakim.

Manakala Louis Guiszr mengatakan; “Uban itu memberitahu anda seorang yang berpengalaman dan berilmu, semoga Tuhan panjangkan nyawa PM dan jadikan Malaysia negara yang lebih baik.”

Fauzudden Jamali pula sempat berjenaka; “Inilah akibat banyak makan MSG, kan banyak rambut dah hilang.” – MYNEWSHUB.CC

Kategori