Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Guru Dakwa Pelajar Ditampar...

BAGAI tiada kesudahan, seorang lagi guru hari ini tampil membuat penafian atas tuduhan...

Ahli Parlimen PKR Dipanggil...

ALKISAH tidak serik atau sengaja cari penyakit berkongsi apa yang kita tidak tahu...

Mo Salah Kempen Halang...

BINTANG bola sepak Mesir, Mohamed Salah mula berkempen menentang rancangan Mesir mengeksport kucing...

Banjir Di Pekan Beransur...

KUANTAN - Banjir di Pekan beransur pulih apabila hanya tinggal 477 mangsa masih...

Najib, KJ Nafi Tohmahan Mahathir Konon ‘Pancing’ PH

SANGKAL… Datuk Seri Najib Tun Razak dakwa tidak terlibat atau beri arahan tarik wakil Pakatan Harapan (PH) untuk bentuk gabungan dengan UMNO bagi tubuh kerajaan, pada malam 9 Mei lalu.

Malah bekas perdana menteri dan presiden UMNO itu menjelaskan bahawa Barisan Nasional (BN) tetap terima keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu apabila blok tersebut tumbang selepas 60 tahun berkuasa.

“Tiada arahan yang dibuat daripada UMNO untuk pancing wakil rakyat PH. Tiada (arahan) daripada saya pada malam itu. Kalau ada daripada pihak lain, saya tak tahu,” kata Najib ketika ditemui di lobi Parlimen pada hari ini.

Beliau yang juga mantan pengerusi BN itu mengulas dakwaan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad konon ada usaha UMNO untuk tarik ramai ahli parlimen PH dalam kalangan Melayu dan Islam sebaik selepas PRU ke-14.

Dalam temubual dengan Mekong Review pada bulan lalu, Mahathir dakwa ada cadangan jika semua ahli parlimen Muslim bersama-sama pembangkang iaitu UMNO dan PAS, mereka boleh dapat majoriti bentuk kerajaan baharu.

Dakwa Pengerusi PH itu, pada waktu tersebut ada ketakutan timbul dalam kalangan rakyat terutama masyarakat Islam bahawa pentadbiran PH tidak akan hormati kedudukan Islam seperti dipertahan kerajaan BN sebelumnya.

Sementara itu, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dipetik portal tempatan AgendaDaily berkata beliau juga tidak tahu-menahu tentang dakwaan pelik yang disebut Mahathir mengenai isu ‘pancing’ berkenaan.

Menurut mantan menteri belia dan sukan serta Ahli Parlimen Rembau itu, beliau secara kebetulan memang ada bersama-sama Najib di kediaman pemimpin tersebut pada malam pengumuman keputusan rasmi PRU ke-14.


“Tiada usaha langsung daripada Najib, (Datuk Seri Dr) Ahmad Zahid Hamidi, (Datuk Seri) Hishammuddin Hussein, (Datuk Seri) Tengku Adnan Tengku Mansor dan saya untuk ‘beli’ ahli-ahli parlimen (PH sertai BN),” kata Khairy.

Beliau berkata Najib juga jelas menyatakan BN perlu menerima keputusan PRU ke-14 dan akan mengumumkannya pada keesokan hari serta menyerahkan urusan pelantikan perdana menteri kepada Yang di-Pertuan Agong sendiri.

Bahkan jelas Khairy, sebarang usaha untuk tarik wakil rakyat PH, sekiranya ada, ia pastinya akan datang daripada peringkat tertinggi UMNO dan beliau tidak pasti apakah yang ingin dimaksudkan oleh Mahathir itu sebenarnya.

“Saya bersama Najib di kediamannya malam itu selepas keputusan parlimen diumum bersama timbalan pengerusi BN ketika itu, tiada usaha untuk beli atau rancangan timbulkan rusuhan,” katanya lagi. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori