Najib Hadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Gerakan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Gerakan di Bangunan PGRM, Cheras di sini, hari ini.

Ketibaan Najib dan Rosmah disambut barisan kepimpinan tertinggi Gerakan yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Seri Mah Siew Keong, sambil diiringi persembahan tarian singa.

Perdana menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional dan isteri kemudian beramah mesra dengan pengunjung rumah terbuka yang dihadiri hampir 4,000 masyarakat berbilang kaum.

Dalam pada itu Rosmah diiringi isteri presiden Gerakan, Datin Seri Yeoh Pooi Hoon turut meyampaikan cenderahati kepada 30 anak yatim daripada beberapa pertubuhan kebajikan sekitar Lembah Klang.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; bekas Presiden MIC, Tun S. Samy Vellu; Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor,

Para hadirin dihiburkan dengan persembahan orkestra lagu-lagu Tahun Baharu Cina dan tarian singa. – BERNAMA

Loading...