Najib Dilantik Pengerusi Lembaga Penasihat BN

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) mengumumkan lantikan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat gabungan itu, hari ini.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam kenyataan memberitahu, keputusan pelantikan Ahli Parlimen Pekan itu dilakukan Dewan Tertinggi BN yang bermesyuarat, malam ini.

“Najib telah dilantik sebulat suara oleh Dewan Tertinggi BN yang telah bermesyuarat pada malam ini sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN.

“Beliau akan menjalankan tugas membantu BN dalam usaha mengembalikan semula sokongan rakyat kepada parti ini,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Najib menerusi akaun Facebook rasmi miliknya berkata:

“Onnnnnn. Saya menerima pelantikan sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN.

“Kita lawan PH bersama. Tumbangkan kerajaan yang hanya mementingkan kroni dan menyusahkan rakyat ini,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Loading...