Najib Bongkar Mahathir ‘Gadai’ KTMB Singapura

BONGKAR… Setelah Datuk Seri Najib Razak dedah Pakatan Harapan (PH) akan jual aset negara termasuk Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB),…

BONGKAR… Setelah Datuk Seri Najib Razak dedah Pakatan Harapan (PH) akan jual aset negara termasuk Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), beliau teruk diserang netizen pro-PH kelmarin.

Ini termasuk dakwaan liar mereka yang jelas berbaur fitnah kononnya bekas perdana menteri itu pernah arah jual tanah milik KTMB di Singapura termasuk stesen Tanjong Pagar kepada kerajaan republik tersebut pada 2011 lalu.

Tanpa perlu tunggu banyak masa, mantan Presiden UMNO itu segera tampil jawab menerusi hantaran dalam akaun sosial Facebook beliau bagi menafikan dakwaan jahat berkenaan yang ternyata langsung tidak berasas kepada fakta.

Beliau berkata, banyak pihak terutama generasi muda kelihatan tidak fahami isu itu dan lebih malang, mereka jelas jahil sejarah termasuk kronologi kisah ‘panas’ tersebut mula pada zaman pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Najib yang juga bekas menteri kewangan berkata, perjanjian asal untuk tamat perkhidmatan stesen tren di Tanjong Pagar dan tukar status tanah itu tidak dibuat beliau, tetapi dirundingkan oleh menteri kewangan pada tahun 1990.

Ia nyata berlaku semasa negara masih lagi di bawah pentadbiran Mahathir selaku perdana menteri yang keempat ketika itu, manakala menteri kewangannya ialah rakan karib ketua kerajaan tersebut sendiri, Tun Daim Zainuddin.

Mengulas dengan lebih lanjut, Ahli Parlimen Pekan itu menceritakan bahawa di bawah perjanjian 1990 tersebut, kerajaan Malaysia bersetuju untuk memindahkan stesen Tanjong Pagar ke stesen baharu yang terletak di Kranji.

“Sebagai pampasan, Malaysia dapat hak untuk bangun tiga keping tanah milik KTM di Tanjung Pagar, Kranji dan Woodlands dalam satu usaha sama dengan kerajaan Singapura pada nisbah 60% Malaysia dan 40% Singapura.

“Selepas perjanjian tersebut dibuat oleh kerajaan waktu itu, beliau (Mahathir) tidak menghormatinya dan meminta tiga keping tanah di Bukit Timah, yang juga dimiliki oleh pihak KTMB, untuk dimasukkan sekali,” terang Najib.

Singapura kemudian bersetuju memasukkan tanah itu dalam pelan pembangunan bersama, tetapi Malaysia masih tidak mahu hormati perjanjian tersebut ekoran pertelingkahan dengan republik berkenaan dalam beberapa isu lain.

“Akibatnya, perjanjian bersama itu dan tanah milik KTMB terbiar begitu sahaja selama 20 tahun tanpa satu sen hasil diperoleh,” kata Najib dalam nada cukup kesal ketika imbau sikap tidak bertanggungjawab Mahathir sendiri.

Beliau yang juga mantan Pengerusi Barisan Nasional itu berkata, tanah terbabit asalnya diberikan penjajah Inggeris kepada Malayan Railway (kemudiannya KTMB) pada 1918 di bawah Akta Keretapi ketika era kolonial tersebut.

Tanah berkenaan merupakan pajakan selama tempoh 999 tahun dan kegunaannya dihadkan kepada hanya untuk landasan operasi kereta api penumpang dan barang. Ini bermakna ia langsung tidak boleh dibangun projek lain.

Baca: Kisah Mahathir ‘Gadai’ Johor Kepada Singapura

Juga: Selepas Batu Puteh, Mahathir ‘Gadai’ Khazanah!

Dan: Najib Kesal PH ‘Gadai’ Aset Negara Kepada Jepun

Najib berkata: “Kebanyakan tanah tersebut adalah sempit kerana sifat landasan tren tidaklah luas. Jika Singapura tidak bersetuju dengan kita dan tidak tukar status kegunaan tanah, aset milik KTMB itu akan ‘reput’ begitu sahaja.

“Jika anda tunggu selama 999 tahun lagi ia tidak akan membawa satu sen pun hasil kepada sesiapa. Tambahan lagi kita (kerajaan Malaysia) masih lagi perlu bayar cukai tanah kepada Singapura yang naik setiap tahun,” kata beliau.

Untuk rekod, isu kontroversi tanah KTMB itu digadai Malaysia kepada Singapura dikatakan antara punca almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Sultan Ismail murka terhadap Mahathir selain isu tuntutan hak Pulau Batu Puteh.

Pada 2010, kata Najib selepas setahun dirinya dilantik sebagai perdana menteri, beliau berunding semula dengan kerajaan Singapura dan capai perjanjian baharu dengan republik itu yang setuju untuk beri beberapa keping tanah.

Ini termasuk empat keping di Marina Bay (berhampiran Marina Bay Sands) dan dua keping di Ophir-Rochor sebagai ganti bagi satu keping tanah di Tanjong Pagar, satu di Kranji, satu di Woodlands dan tiga keping di Bukit Timah.

Beliau berkata, pihak yang kenali Singapura akan tahu bahawa tanah di Marina Bay merupakan kawasan paling berharga di republik tersebut, sementara Ophir-Rochor adalah pusat perniagaan baharu negara pulau berkenaan.

“Ia jauh lebih berharga daripada tanah di Bukit Timah dan Kranji,” kata Najib. Tanah terbabit dibangunkan secara usaha sama Malaysia dan Singapura, M-S Pte. Ltd., yang 60% pemilikannya di bawah Khazanah Nasional Berhad.

Projek di Marina Bay, dinamakan Marina One, bernilai S$7 bilion (RM21.3 bilion), sementara projek Ophir-Rochor pula S$4 bilion (RM12.2 bilion). Ia malah berjaya disiapkan awal tahun ini dan beri hasil lumayan kepada Malaysia.

“Projek Marina Bay mempunyai keluasan 3.67 juta kaki persegi, meliputi dua buah menara mewah setinggi 34 tingkat, dua bangunan pejabat gred A setinggi 30 tingkat dan pusat beli belah yang dikenali sebagai The Heart.

“Banyak syarikat ternama seperti Facebook, PwC, Grab, bank komersial dan sebagainya pindah ke Marina One serta bayar sewa kepada syarikat Khazanah itu, yang jamin pulangan berterusan jangka panjang kepada kita,” katanya.

Malangnya, Najib berkata, beberapa bulan lalu media Singapura melaporkan Khazanah, di bawah kerajaan PH, sedang berunding untuk lepas pegangannya dalam saham M-S Pte. Ltd. kepada pihak kerajaan Singapura pula.

“Walaupun kerajaan PH menafikan perkara itu, namun saya jangka tidak lama selepas ini, mereka akan jualnya dengan alasan konon ia bukan lagi aset strategik kepada negara,” tambah beliau dalam kesal. – Mynewshub.TV

Loading...