Najib Bimbang Semakin Banyak Syarikat ‘Tumbang’

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan kebimbangannya apabila mulai ada syarikat di negara ini yang memberhentikan pekerja dalam keadaan penularan wabak Covid-19.

“Satu demi satu mula tumbang. Perniagaan tumbang. Pekerja hilang kerja. Keluarga hilang pendapatan.

“Saya beri amaran. Ini hanya permulaan. Kita perlu tindakan segera. Kita perlukan keputusan. We have no time to waste,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pekan dalam media sosialnya malam ini.

Najib juga memuatnaik surat notis pemberhentian operasi Tower Regency Hotel & Aparment Sdn. Bhd. mulai semalam di Facebooknya. – MalaysiaGazette

Loading...