Najib Bidas Tengku Zafrul

Dari Facebook Najib Razak

TADI, Menteri Kewangan kata kerajaan tak kawal bank dan tak ada kuasa untuk suruh beri moratorium pinjaman atau tentukan bentuk bantuan bank kepada peminjam.

Tapi boleh claim credit pulak untuk moratorium 6 bulan pada tahun lepas?

Ordinan Darurat boleh:

  • Ambil alih Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Kem Wawasan swasta.
  • Gantung Akta Kewangan untuk benarkan kerajaan belanja sesuka hati.
  • Pinda kompaun maksima langgar SOP dari RM1k ke RM10k.
  • Pinda akta KWAN untuk korek berbilion-bilion dari tabung KWAN.
  • Gubal undang-undang khusus berita palsu dengan denda RM100k dan penjara 3 tahun.

Tapi tak boleh pulak guna kuasa darurat untuk suruh bank buat moratorium pinjaman tanpa faedah secara automatik bagi semua golongan B40, M40 serta peniaga kecil dan sederhana untuk tempoh 3 bulan sahaja semasa “Total Lockdown”?

Tak ada kuasa darurat pun tak apa sebab kuasa BNM dan Kementerian Kewangan ke atas bank-bank Malaysia adalah sangat besar.

Lagipun, kerajaan dan badan GLC serta GILC adalah pemilik saham terbesar bagi hampir semua bank di Malaysia.

Itupun tak ada kuasa ke?

Weyy… Semalam, Bank CIMB umum keuntungan bagi tempoh 3 bulan pada suku 1 2021 cecah rekod paling tertinggi setelah naik 5 kali ganda dari RM508 juta pada suku 1 2020 (tempoh Covid baru mula) ke RM2.46 bilion.

(Keuntungan operasi pula naik 144% ke RM1.74 billion dari RM714 million bagi tempoh yang sama)

Perolehan turut meningkat kepada RM5.96 bilion daripada RM4.14 bilion.

Bank-bank Malaysia MAMPU memberi moratorium tersebut tanpa jatuh ke kerugian.

Nak, seribu daya.

Tak nak, berpuluh katak lompat lagi.