Najib Bagi ‘Petua’ PH Turun Harga Telur

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini diberi ‘petua’ supaya menurunkan harga telur sekiranya mahu harga barangan lain…

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini diberi ‘petua’ supaya menurunkan harga telur sekiranya mahu harga barangan lain menjadi terkawal dan menjadi lebih rendah.

Datuk Seri Najib Tun Razak (BN-Pekan) berkata, kerajaan tidak akan dapat membuat kawalan harga barangan lain sekiranya gagal menangani harga telur.

“Kalau hendak kawal harga barang, barang keperluan, tolong kawal harga telur. Sebab bila menteri umum harga telur turun dua sen dalam sebuah sidang akhbar yang besar-besaran, hari ini, harga telur AAA menghampiri 50 sen sebiji.

“Jadi, kalau harga telur pun tidak boleh kawal, jangan harap nak kawal harga lain,” katanya sewaktu membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN ONLINE

Loading...