KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan berbincang dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai statusnya sebagai Presiden UMNO.

Najib berkata meskipun beliau tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam UMNO, beliau akan cuba berbincang dengan Ketua Pembangkang itu.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, bekas perdana menteri itu berkata seelok-eloknya perkara tersebut dibincangkan oleh Majlis Tertinggi UMNO bagi mendapatkan satu keputusan.

“Saya tidak lagi dalam kepimpinan UMNO, jadi biar perkara ini dihadapkan kepada kepimpinan UMNO.

“Saya juga tiada pendapat (tertentu) dalam perkara ini. (Tetapi) apa-apa pun saya akan bincang dengan Ahmad Zahid dalam hal ini,” katanya apabila ditanya sama ada Ahmad Zahid perlu mengambil cuti kerana menghadapi tuduhan di mahkamah.

Jumaat lepas, Ahmad Zahid, 65, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 45 pertuduhan yang melibatkan RM114 juta. – BERNAMA

Loading...