Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kekurangan Bekalan Ayam, Telur...

GEORGETOWN: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yakin, masalah kekurangan bekalan telur dan...

Operasi Cari Pekerja Terjatuh...

BESUT - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan pekerja penyelenggara yang dikhuatiri...

Hentikan Tindakan Kafir Mengkafir,...

KAJANG : Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan kafir-mengkafir...

Polis N.Sembilan Anjur Karnival...

NILAI - Polis Negeri Sembilan akan menganjurkan Karnival '1 Aman Week' bertujuan menerangkan...

Nahas Ngeri, 4 Maut Termasuk Ibu Hamil

KUALA NERUS – Empat maut termasuk ibu mengandung dalam kemalangan ngeri membabitkan dua kenderaan berhampiran tempat pembuangan sampah di Kampung Sungai Ikan dekat sini pagi ini.

Pegawai Operasi Bomba Kanan ll Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Hasmadi Sulaiman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu daripada orang awam pada pukul 9.30 pagi tadi.

Beliau berkata kemalangan itu melibatkan sebuah kereta Proton Wira dan sebuah kereta Peugeot, di mana pemandu kedua-dua kenderaan itu meninggal dunia dalam kejadian.

“Pemandu dan seorang penumpang yang berada di dalam kereta Peugeot disahkan meninggal di tempat kejadian manakala seorang lagi penumpang yang cedera telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.

“Dalam kereta Wira Aeroback pula, pemandu dan seorang penumpangnya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Hasmadi berkata sebuah jentera ‘water tender’ dengan kekuatan 11 anggota dan sebuah ambulans Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.

Beliau berkata kesemua mayat mangsa yang tersepit telah dikeluarkan oleh pihak bomba dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya manakala mangsa yang cedera dibawa ke hospital dengan ambulans.

Kategori