Nahas Tren Afrika Selatan: 3 Maut, Lebih 600 Cedera

JOHANNESBURG – Dua kereta api penumpang bertembung ketika waktu puncak awal pagi di ibu kota Pretoria, Afrika Selatan semalam, mengorbankan tiga orang dan mencederakan lebih 600 lain, kata perkhidmatan kecemasan.

Dua mangsa yang cedera parah diterbangkan dari tempat nahas di Mountain View, utara Pretoria, kata jurucakap Charles Mabaso kepada AFP.

Tambahan 641 penumpang cedera dengan 11 kritikal manakala 62 lain cedera ringan.

“Jumlah mangsa maut setakat ini tiga, namun ada kemungkinan ia meningkat,” kata Mabaso.

Ketika paramedik tiba di tempat kejadian, gerabak kedua-dua kereta api tergelincir separuh dari landasan.

“Ramai penumpang ditemui sama ada dalam kereta api atau berjalan di sekitar tempat kejadian,” kata jurucakap perkhidmatan kecemasan ER24, Russel Meiring dalam satu kenyataan.

Menteri Pengangkutan, Blade Nzimande berkata, nahas disebabkan kegagalan isyarat dipersalahkan terhadap kecurian kabel. – Agensi

Loading...