Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Polis Siasat ‘Kenduri Durian’...

BATU PAHAT - Polis membuka kertas siasatan terhadap Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat,...

Puteri Baharu Britain Dinamakan...

LONDON - Putera William dan isteri, Kate Middleton hari ini menamakan bayi perempuan...

Pusat Kesuburan Mahu Jamal...

KENYATAAN dikeluarkan Datuk Jamal Yunos terhadap Datuk Siti Nurhaliza yang berbaur sindiran 'tajam'...

VIDEO: Pengajaran Buat Restoran...

KAMI amat tertarik dengan sebuah video yang mendapat viewers melebihi 6 Juta di saluran...

Nafi Tidak Bincang Kabinet Isu Pembatalan HSR

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menafikan dakwaan bahawa beliau tidak terlebih dahulu berbincang dengan Kabinet apabila mengumumkan pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Malaysia-Singapura.

Beliau berkata isu itu adalah sebahagian daripada manifesto Pakatan Harapan dan telah digunakan dalam kempen bagi pilihan raya umum pada 9 Mei.

“Tidak. Ini telah diputuskan oleh parti sejak awal lagi. Isu itu sebahagian kempen kami dan saya tidak akan lari daripada keputusan dibuat parti hanya kerana saya tidak dapat membentuk Kabinet lebih cepat,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini, hari ini.

Perdana menteri ditanya tentang dakwaan Barisan Nasional bahawa beliau tidak terlebih dahulu berbincang dengan Kabinet apabila mengumumkan pembatalan projek HSR.

Pada 28 Mei, Dr. Mahathir mengesahkan Malaysia akan membatalkan projek itu dan kemungkinan perlu membayar pampasan sehingga RM500 juta kepada Singapura.


Projek HSR, dirancang membabitkan jarak 335 kilometer dan meliputi empat negeri, akan menghubungkan Kuala Lumpur ke Singapura. Projek itu dijadual siap pada 2026. – BERNAMA

Kategori