Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kajian Mengenai E-Rokok Dijangka...

KUALA LUMPUR - Kajian mengenai ketagihan rokok elektronik (e-rokok) yang dijalankan oleh Institut...

Pekerja Tahu Tangga Bergerak...

CHINA – Insiden seorang wanita terkorban selepas terjatuh daripada tangga bergerak di sebuah...

PH Kena Henti Bangga...

PERGERAKAN Pemuda UMNO Malaysia mengingatkan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak asyik dabik dada...

PM Israel Bertemu Putin...

MOSCOW – Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir...

Nadzmi Adhwa Kena ‘Serang’ Ramai Peminat Wanita?

PELAKON, Nadzmi Adhwa teruk ‘diserang’ netizen selepas memuat naik satu entri di Twitter yang menyaksikan dia menyatakan dua perkara bahaya ketika memandu.

Entri berunsur jenaka itu bertukar menjadi ‘tegang’ malah lebih teruk menjerat dirinya apabila Nadzmi mengatakan pemandu dan kereta yang dipandu oleh wanita sebagai perkara bahaya di jalan raya.

“Dua perkara yang bahaya di jalan raya. Pertama, perempuan memandu kereta. Kedua, kereta yang dipandu oleh perempuan,” tulisnya menerusi entri berkenaan.

Ekoran itu, pelakon yang terkenal menerusi drama rantaian, Hati Perempuan tersebut teruk menjadi sasaran netizen terutamanya wanita yang rata-rata tidak berpuas hati dengan pandangan tersebut.

Hasil tinjauan kami di Mynewshub mendapati ruangan entri berkenaan tidak henti-henti dibanjiri dengan komen yang menyangkal keras kenyataan keterlaluan yang dibuat pelakon lelaki itu.

Rata-rata netizen mengatakan jantina sama sekali tidak menentukan cara pemanduan seseorang. Sebaliknya, ia terletak kepada kemahiran individu tersebut mengendali kenderaan tersebut.


Sehingga kini, perkongsian tersebut dilihat terus menjadi perhatian ramai netizen khususnya menerusi laman sosial tersebut. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori