Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Reaksi Win Monyet Ini...

BAGAIKAN mengerti erti magik yang disampaikan lelaki ini, cubalah anda tengok sendiri reaksi...

Penganggur Dipenjara, Denda Kerana...

KUALA LUMPUR - Akibat mencuri dua tin minuman keras di sebuah pasar raya,...

Jom Melancong Ke Taiwan...

TIDAK dinafikan bila sebut sahaja tentang Taiwan, pasti ramai kalangan orang muslim yang...

Harap Kerajaan PH Pulihkan...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (Petekma)...

Nad Zainal Mahu Fokus Kandungan, Perniagaan

PELAKON Nad Zainal menjelaskan bahawa dia akan behenti sementara dari bidang seni bermula Jun ini bagi menumpukan perhatian terhadap kandungannya yang dijadualkan lahir pada bulan Oktober nanti.

“Saya akan habis penggambaran pada 14 Jun dan akan berehat sehingga selesai berpantang nanti kerana sekarang ini perut juga sudah semakin membesar.

“Saya akan kembali berlakon pada Disember depan.

“Untuk sementara ini, saya akan fokus kepada perniagaan pakaian saya sepanjang bulan Ramadan bertempat di Dataran Istana Budaya,” jelasnya.

Nad juga mengakui dia dan suami belum membuat apa-apa persiapan bagi menyambut anak pertamanya itu kerana masih belum mengetahui jantina kandungannya.


“Setakat ini masih belum membuat persiapan kerana belum tahu bayi lelaki atau perempuan. Insha’Allah doktor kata sudah boleh scan untuk melihat jantina.

“Mungkin bulan depan kami akan mulakan persiapan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori