Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Lawatan Ulama Dari Negara...

TAWAU - Kedatangan ulama dan ilmuwan Islam dari negara jiran termasuk Indonesia ke...

Aliran Trafik Di Lebuhraya...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di semua Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuh...

Beri Kelainan Dalam Watak,...

SETIAP selebriti pasti mahu lakukan kelainan dalam setiap lakonan mereka, termasuk juga pelakon...

Kejutan Si Suami, Pelamin...

TEDDY bear atau patung beruang bersaiz besar sentiasa menjadi pilihan utama si dia...

Nad Zainal ‘Bengang’ Dituduh Malas Susukan Anak!

DILEMA ibu-ibu bekerjaya masih menyusu badan semestinya tentang kebajikan bayi mereka semasa mereka keluar bekerja, dan itulah yang dialami oleh pelakon, Nad Zainal.

Meminta pendapat daripada netizen tentang cara untuk anaknya, Fahad Ibrahim ‘bercerai’ susu, Nad sebaliknya dikecam pula kerana dikatakan sengaja mahu ‘mengelak’ daripada menyusukan anaknya.

Kata Nad, 28, kerjayanya sebagai pelakon yang adakalanya perlu berada di luar kawasan (outstation) menyukarkan dirinya untuk terus menyusu badan.

“Terima kasih kepada yang beri cadangan, setiap ibu ada masalah berbeza, Yem (Fahad Ibrahim) ok dengan susu formula, cuma dia masih nak melekat dengan mak dia dan kerja saya kena travel, tak semua tempat ada peti ais (untuk menyimpan susu badan).

I marah gila bila orang mula marah mak-mak tak mahu breastfeeding. I kalau ada 24 jam I susukan OK? Serius menyampah baca komen. Come on la, mana ada mak sanggup buat anak terseksa. Dah tulis pun kapsyen untuk outstation,” tulisnya di Instastory.


Dalam pada itu, Nad berkata dia tidaklah mahu menjalankan proses itu secara drastik, tetapi mahu melakukannya secara berproses.

“Saya bagi dia let go secara perlahan, sebab bila malam dia akan cari mak dia, kesian suami, nenek dan atuk yang menjaganya. Cara korang komen macam I ni pendera budak,” tulisnya.

Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin berkahwin dengan Faliq pada 18 Disember 2015. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki iaitu Fahad Ibrahim Muhammad Faliq pada 14 0ktober 2016. – MYNEWSHUB.CC

Kategori