Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Guru Tabika Rugi RM10,300...

KUANTAN - Seorang guru tabika kerugian RM10,300 selepas terpedaya dengan sindiket Macau Scam,...

PTP Lakar Rekod Dunia...

JOHOR BAHRU - Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) mencatatkan rekod dunia baharu bagi pelepasan...

Najib Sahkan Tandatangan SD...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ahli...

Pasangan Suami Isteri Ditahan,...

KAJANG – Pasangan suami isteri ditahan kerana disyaki mendera anak angkat perempuan yang...

NACP Bukti Tindakan Bukan Sebab Dendam

PUTRAJAYA – Pelan AntiRasuah Nasional (NACP) 2019-2023 adalah satu pernyataan yang tegas dari kerajaan sekarang, iaitu pesalah yang lepas “telah dan sedang kita kejar” dan “akan kita hukum”, manakala perasuah sekarang dan masa hadapan akan berdepan dengan tindakan yang lebih tegas., kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata pelan itu adalah satu bukti bahawa tindakan yang diambil terhadap perasuah-perasuah yang lepas bukanlah satu tindakan berlandaskan dendam atau benci.

“Ia satu tindakan yang diambil kerana kerosakan yang mereka lakukan kepada negara amat besar dan tidak boleh dibiarkan supaya sesiapa yang merancang untuk melakukan rasuah seperti mereka tidak akan dibiarkan terlepas dan hukumannya adalah lebih berat dan tegas,” katanya ketika melancarkan NACP 2019-2023 itu di sini hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; menteri-menteri kabinet; Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Abu Bakar; Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed; pegawai kanan kerajaan, wakil parti politik dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

NACP 2019-2023 dilaksanakan berdasarkan 22 strategi yang akan diberi keutamaan bagi enam sektor utama. Ia mengandungi 115 inisiatif antirasuah melibatkan sektor iaitu politik; perolehan awam; penguatkuasaan undang-undang; pentadbiran sektor awam; perundangan dan kehakiman; serta tadbir urus korporat.


Pelan yang dibangunkan GIACC dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan menetapkan sasaran yang praktikal berdasarkan inisiatif yang akan diambil oleh setiap agensi kerajaan dan swasta dalam menangani masalah rasuah, integriti dan tadbir urus untuk tempoh lima tahun akan datang.

Dr. Mahathir berkata pelan anti rasuah nasional itu hadir sebagai peringatan dan amaran kepada semua pemimpin sekarang dan masa hadapan bahawa Malaysia dan rakyatnya tidak menerima amalan rasuah dan ia satu amalan keji dan menjijikkan. – BERNAMA

Kategori