Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sultan Johor Murka Tun...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor mengkritik keras kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung...

Agong Rasmi Sambutan 100...

RAUB - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan...

Bill, Melinda Gates Bercerai...

MANUSIA ke-4 terkaya di dunia dengan nilai dianggarkan lebih RM520 bilion, Bill Gates...

Kebakaran Pasar Besar Seremban...

SEREMBAN - Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan mengesahkan punca kebakaran Pasar Besar...

Nabila Huda Janji Tak Naik Bayaran Lepas Menang Trofi

KEBIASAANNYA selepas memenangi anugerah, kebanyakan selebriti akan mula menaikkan nilai harga mereka sejajar dengan kejayaan merangkul trofi dalam majlis anugerah berprestij tempatan.

Namun, hal ini berlainan sama sekali buat pemenang trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM 28), Nabila Huda yang mengatakan dia sama sekali tidak akan menaikkan bayarannya untuk menjayakan mana-mana naskhah lakonan filem dan drama selepas ini.

Memetik Malay Mail Online, Nabila berkata: “Tidak naik. Saya tidak memandang pada kewangan untuk menjadi seorang yang kaya. Saya percaya pada skrip yang bagus sahaja. Walaupun mereka layan saya dengan teruk, saya tak kisah kerana penerbit tahu apa kadar saya.

“Saya tak perlu beritahu mereka berapa mereka perlu bayar saya. Saya tahu kebolehan saya sebagai pelakon dari awal sehinggalah ke hari ini.”

“Saya tidak jangka langsung menang kerana saya menjangkakan pemenangnya Maya Karin sebab dia tercalon untuk dua filem. Calon yang lain pun agak bagus dan mereka berpengalaman dalam filem. Saya walaupun sudah lama dalam industri tetapi saya tidak banyak berlakon filem,” katanya lagi.


Nabila memenangi trofi itu hasil lakonan cemerlang yang dipamerkan menerusi filem Munafik yang turut merangkul anugerah Filem Terbaik Nasional dan Pengarah Terbaik yang dimenangi Syamsul Yusof. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori