Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jalan Semangat Jadi Jalan...

SHAH ALAM - Jalan Semangat di Petaling Jaya akan dinamakan semula kepada Jalan...

9 Lelaki Myanmar Akan...

GEORGE TOWN - Sembilan daripada 12 lelaki Myanmar yang ditahan kerana disyaki terlibat...

Angka Kematian Akibat Ebola...

GENEVA - Lebih 6,900 orang maut akibat virus Ebola, kebanyakannya di barat Afrika,...

Personaliti Afrika Beli Keranda...

SEORANG wanita berkongsi gambarnya membeli keranda untuk dirinya sendiri, meskipun dia belum menemui...

Nabil Bakal Timang Anak Lagi

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad, 34, mengakui teruja apabila doktor mengesahkan isterinya, Nazirah Ayub atau Zira, kini hamil lima minggu.

Nabil berkata, berikutan kedua-dua puteri mereka sudah pun besar, justeru kehadiran cahaya mata ketiga yang dijangka kelahirannya pada Jun tahun depan sangat dinantikan.

“Jika diikutkan perancangan keluarga, kami mahu jarakkan anak setiap dua tahun. Dua anak pertama kami pun sudah besar, jadi rezeki cukup bermakna Allah berikan ini dikira tiba pada masa sangat sesuai.

“Alhamdulillah, selepas isteri membuat pemeriksaan doktor semalam, kandungannya sudah mencecah lima minggu,” katanya kepada BH Online.

Tambah Nabil, dia berharap kali ini mereka dikurniakan anak lelaki pula selepas memiliki dua cahaya mata perempuan, Naira Mikayla, 6, dan Leyla Medyna, 3 tahun.


Calon beberapa kategori Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-31 itu turut memberitahu dirinya mahu sekurang-kurangnya lapan anak kerana yakin kemeriahan keluarga lebih dirasa dengan zuriat yang ramai.

“Adik-beradik saya sendiri ada tujuh orang, jadi kalau boleh saya mahu memiliki sekurang-kurangnya lapan anak. Apapun, semua itu terpulang pada rezeki yang diberikan.

“Paling penting, semoga isteri dipermudahkan menjalani proses kehamilannya. Doakan kami ya!” katanya yang mendirikan rumah tangga pada 30 September 2011. – BH Online

Kategori