Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pos Malaysia Keluar Siri...

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan mengeluarkan siri setem pertama...

DBKL Tolak Penganjuran ‘Better...

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini menolak permohonan penganjuran...

HMM Kini Berwajah Baharu,...

KUALA LUMPUR - Hospital Medan Malaysia (HMM) kini tampil dengan susun atur kemas...

Agong Berkenan Berangkat Melawat...

PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berkenan berangkat ke...

NS Komited Atasi Masalah Projek Terbengkalai

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan komited untuk menyelesaikan beberapa projek perumahan dan komersil yang terbengkalai bagi membantu pembeli yang teraniaya.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru negeri, Teo Kok Seong berkata, ketika ini ada dua projek perumahan, iaitu di Kuala Pilah dan Gemas, serta empat projek komersil di Seremban yang terbengkalai.

“Bagi projek di Kuala Pilah, iaitu Taman Perpaduan Height, terdapat 231 pembeli yang teraniaya kerana rumah yang mereka beli sudah 10 tahun terbengkalai.

“Di Gemas pula, ia melibatkan lebih 100 unit rumah dan baru sahaja diisytiharkan projek terbengkalai tahun ini,” katanya pada satu persidangan media selepas mengadakan lawatan di Bandar Satelit Senawang di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Bangunan Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Norriza Mohd Sham.

Teo berkata bagi dua projek ini kerajaan akan cuba mencari pemaju lain untuk meneruskan pembangunan projek tersebut dengan memberi beberapa inisiatif.

“Bagi projek komersil yang terbengkalai di Seremban, pihak kami akan mencari pemaju yang berminat untuk meneruskan projek tersebut di mana kami akan memadankan pemaju dan pemilik projek yang terbengkalai itu untuk memastikan projek ini dapat diteruskan.


Sementara itu merujuk kepada Bandar Satelit Senawang Teo berkata 275 kedai pejabat dua dan tiga tingkat dibina dengan 146 unit sudah menerima Sijil Perakuan Kelayakan Menduduki (CF) pada 9 Julai 2012.

“Bakinya sebanyak 129 premis menghadapi masalah mendapatkan CF sejak enam tahun lepas akibat kegagalan pemaju memenuhi keperluan jabatan teknikal seperti Tenaga Nasional Bhd, Syarikat Air Negeri Sembilan, Indah Water Konsortium dan bomba.

“Bagaimanapun 88 unit premis telah mendapat CF kira-kira sebulan yang lepas dan akan disampaikan Menteri Besar Aminuddin Harun tidak lama lagi, manakala baki 41 premis lagi akan diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata MPS akan mengadakan perbincangan dengan pembeli-pembeli premis yang terlibat bagi memastikan isu CF ini dapat diselesaikan secepat mungkin. – BERNAMA

Kategori