Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Lebih 25,000 Pengunjung Hadiri...

REMBAU - Lebih 25,000 orang hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anggota...

Vaksin Anti Nikotin Sedang...

SEKIRANYA anda ingin berhenti dari merokok, terdapat pelbagai produk di pasaran yang kini...

Model Kembali Selepas Muka...

SEORANG model Australia yang kelihatan seperti `The Joker’ iaitu watak dalam filem Batman...

13 Kaki Judi Ditahan...

TELUK INTAN - Sebanyak 13 kaki judi ditahan dalam dua serbuan oleh Jabatan...

MYHAC Bukti Kerajaan Utama Pembangunan Islam

NILAI – Pusat Analisis Halal Malaysia (MYHAC) yang dibangunkan di Bandar Enstek dekat sini membuktikan kerajaan lebih mengutamakan pelaksanaan dan pencapaian dalam pembangunan Islam di Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kerajaan juga sangat prihatin terhadap sistem penyampaian dalam pengurusan pensijilan halal terutama bagi memberi kemudahan kepada industri yang memohon sijil pengesahan halal Malaysia.

“Pengujudan MYHAC adalah satu inisiatif yang amat baik dalam usaha Malaysia untuk memartabatkan industri halal dan ia akan menjadi pemangkin ke arah melengkapkan ekosistem halal negara yang bukan sahaja memberi fokus terhadap proses pengauditan dalam pengesahan halal malah turut melibatkan proses pemantauan dan analisis terhadap sampel secara rambang.

“Ia pasti akan menyumbang ke arah mempertingkatkan keyakinan pengguna pada produk yang dipersijilkan halal,” katanya dalam ucapan untuk Majlis Perasmian MYHAC di sini hari ini.

Teks ucapan timbalan perdana menteri dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Majlis turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Dr. Awaludin Said.

Ahmad Zahid berkata idea membangunkan MYHAC bermula pada tahun 2005 lagi dan merupakan sebahagian daripada pembangunan Kompleks Halal Malaysia yang komprehensif merangkumi blok pengurusan, latihan dan makmal.

“Sehingga akhir tahun lepas, sebanyak sembilan kaedah analisis halal telah dibangunkan dan ini membolehkan MYHAC beroperasi sepenuhnya dan menerima sampel untuk dianalisis.

“Saya juga berkeyakinan pembangunan Kompleks Halal Malaysia fasa 2 dan seterusnya akan dilaksanakan dalam masa terdekat yang melibatkan pembangunan blok pengurusan dan blok Penyelidikan dan Pembangunan,” katanya.

Beliau berkata projek pembangunan itu bersesuaian dengan lima inisiatif baharu yang mula dilaksanakan Jakim iaitu Majlis Profesional Halal (HPB), Malaysia International Halal Academy (MIHA), Halal International Research Academy (HIRA), International Halal Authority Board (IHAB) dan Halal Innovation and Technology Centre (HITeC).

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata keistimewaan manual prosedur pensijilan halal Malaysia berbanding apa yang dilaksanakan oleh negara-negara lain telah mengangkat pengiktirafan terhadap logo halal Malaysia di persada antarabangsa.

“Tahap integriti tinggi dalam memastikan produk yang diberikan sijil pengesahan halal Malaysia bukan sekadar penelitian terhadap dokumen dan pangauditan di lapangan semata-mata, tetapi ia turut merangkumi analisis secara saintifik di makmal bagi pengesahan ramuan yang tidak diketahui status halalnya.


“Pengesahan halal melalui sijil halal Malaysia memberi impak positif yang cukup besar kepada sesuatu produk dan ia merupakan nilai tambah terhadap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata permintaan tinggi terhadap produk dan perkhidmatan halal juga telah membawa Malaysia ke persada dunia apabila permintaan terhadap pensijilan meningkat dari tahun ke tahun.

“Pensijilan halal yang dilaksanakan Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri menggabungkan kedua-dua elemen iaitu hukum syarak dan sains (teknologi).

“Ia dilaksanakan bagi memenuhi tuntutan dan prinsip-prinsip syariah selain aspek keselamatan dan kebersihan sesuatu produk terjamin,” katanya.

MYHAC mula dibina pada tahun 2012 dan merangkumi dua seksyen utama iaitu Seksyen Kimia dan Seksyen Bioteknologi.

Seksyen Kimia terdiri daripada empat unit makmal iaitu Unit Lemak dan Minyak, Alkohol, Protein dan Gelatin serta Fiber, Kulit dan Bulu manakala Seksyen Bioteknologi pula terdiri daripada Unit Pengspesisan Daging dan Unit Makanan Ubah Suai Secara Genetik (GMO). – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori