Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tahanan LTTE Dibenar Bertemu...

KUALA LUMPUR - Kesemua 12 individu yang ditahan kerana disyaki ada kaitan dengan...

Putus Cinta: Nelydia Tidak...

HUBUNGAN cinta selama tiga tahun yang terjalin di antara aktres cantik, Nelydia Senrose...

Pertemuan 15 ADUN Dengan...

AYER KEROH - Pertemuan antara semua 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang...

Seorang Rakyat Malaysia Cedera...

JAKARTA - Seorang rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam kejadian tsunami di Selat Sunda,...

MyCC Lantik Iskandar Ismail Sebagai CEO Baharu

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) melantik Iskandar Ismail sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) yang baharu, berkuat kuasa 15 Okt.

Dalam kenyataan hari ini, MyCC berkata Iskandar telah dilantik oleh ​​​​​​​Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Iskandar sebelum ini memegang jawatan Pengarah Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan MyCC dan telah memangku tugas Ketua Pegawai Eksekutif selama enam bulan sejak persaraan bekas CEO, Datuk Abu Samah Shabudin, pada 16 April.

Sebagai Pengarah Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan, Iskandar telah memimpin dan menyelia penyiasatan kes-kes utama MyCC seperti Malaysian Airline System Bhd dan AirAsia Bhd, ​​​​​​​pengendali Depoh Kontena di Pulau Pinang, MyEG Services Bhd, ​​​​​​​Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Dagang Net Technologies Sdn Bhd. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MyCC

Kategori