Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Pengorbanan Ibu Sakit Kanser...

SEORANG wanita yang bakal bergelar ibu, terkejut apabila rutin imbasan berkala selama 12...

Polis Cadangkan Hadi Dituduh...

Polis akan mencadangkan Jabatan Peguam Negara (AGC) menuduh Presiden PAS Abdul Hadi Awang...

Video: Dah Pangkat Datuk...

JIKA sebelum ini kita sering dihidangkan dengan video orang muda sering bergaduh di...

Sokongan Dua Pertiga Luluskan...

KUALA LUMPUR : UMNO memerlukan sokongan dua pertiga daripada 2,600 perwakilan pada Mesyuarat...

Mustapa Sertai PPBM Terus Dapat Kad Ahli

PETALING JAYA – Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang bertindak keluar UMNO bulan lepas, menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), malam ini.

Beliau menyerahkan borang keanggotaan secara rasmi kepada Pengerusi Bersatu, yang juga Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta disaksikan presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pimpinan tertingginya pada sidang media selepas mesyuarat majlis pimpinan tertinggi parti berkenaan yang berlangsung di sini.

Mustapa turut menerima kad keanggotaan parti daripada Mahathir.

Mengulas penyertaan Mustapa, Mahathir berkata penyertaan Anggota Parlimen Jeli itu dibuat secara sukarela dan bukan atas jemputan parti.

“Saya amat sukacita kerana kita terima keahlian dari bekas tokoh UMNO. Kita telah beri masa kepadanya untuk jadi anggota Parlimen bebas dan setelah kita lihat pendiriannya maka kita setuju beliau layak jadi anggota PPBM,” katanya.

Mustapa mengisytiharkan keputusannya untuk keluar UMNO pada 18 September selepas 40 tahun berkhidmat di dalam parti itu dengan alasan pendekatan parti berkenaan tidak lagi selari dengan prinsip politik diperjuangkannya selama ini.

Ditanya sama ada lebih ramai anggota UMNO akan menyertai PPBM, Mahathir berkata ringkas: “Kami akan lihat.”

Sementara itu Mustapa yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata keputusannya untuk menjadi anggota PPBM dibuat setelah melakukan penelitian selama beberapa minggu sebagai Anggota Parlimen Bebas dan perkembangan politik semasa.


Katanya wadah perjuangan PPBM dilihat mampu untuk memberinya peranan lebih besar untuk membela kepentingan kawasannya di Jeli khususnya, dan Kelantan secara menyeluruh.

“Saya ingin rakam ucapan terima kasih kepada Tun Dr Mahathir dan (Tan Sri) Muhyiddin dan saf kepimpinan PPBM kerana terima kemasukan saya dalam parti,” katanya.

Beliau juga berharap dapat membantu kerajaan dalam melaksanakan agenda pemerkasaan Bumiputera dan pelan ekonomi yang lebih inklusif.

Sementara itu Dr Mahathir mengumumkan Perhimpunan Agung PPBM dijadualkan berlangsung dari 28 hingga 30 Disember ini.

Perkara itu ditetapkan dalam mesyuarat selama dua setengah jam dipengerusikan beliau yang turut membincangkan usaha menambah baik sistem keanggotaan parti.

Selain itu Mahathir mengumumkan penubuhan lapan bahagian PPBM di Negeri Sembilan. – BERNAMA

Kategori