Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Bakal Bapa Ini...

KEPADA bakal ibu, saat menggembirakan ketika hamil adalah bila suami sama-sama berkongsi perasaan...

Senator Pakistan Ancam Perkosa...

ISLAMABAD - Seorang Senator Pakistan, Hafiz Hamdullah didakwa mengeluarkan ancaman menjijikkan terhadap seorang...

Kahwin Tahun Ini, Saleha...

PELAKON Siti Saleha akhirnya mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga tahun ini. Menurut aktres...

Isu Pekerjaan, Kos Sara...

KUANTAN - Generasi muda mahu supaya isu peluang pekerjaan dan kos sara hidup...

Mustahil UMNO Hilang Arah Tuju Lepas PRU

BIDAS… Berdalih dengan cuba guna alasan kononnya parti sudah hilang hala tuju bukanlah satu tindakan yang bijak untuk ‘menyeberang’ dan meninggalkan UMNO untuk menyertai parti lawan.

Demikian tegas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang berkata, mustahil dalam masa 90 hari jadi pembangkang, perkara sebegitu boleh berlaku terhadap UMNO yang sudah berpengalaman 60 tahun tadbir negara

“Jika masalah yang dicipta itu adalah daripada diri sendiri, mengapa perlu memburukkan parti untuk dijadikan alasan untuk ‘seberang’?.

“Bukan sahaja kadang-kadang kita meninggalkan parti, membelakangkan parti, kita memburukkan parti sebagai alasan untuk kita pergi.

“Yang buat pe’el (perangai) itu kita, yang tamak itu kita, yang mengejar sesuatu itu kita tapi nak menghalalkan, kita reka pelbagai alasan dalam jangka masa yang pendek,” katanya ketika pada sesi temuramah yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook UMNO Online pada Selasa malam.

Siaran langsung bersama Datuk Dr. Azizan Abdul Majid itu bertujuan mengupas episod baharu perjuangan UMNO.

Menurut Annuar, agak mustahil menggunakan alasan parti sudah hilang hala tuju dengan pengalaman selama 60 tahun apatah lagi kenyataan itu dibuat oleh pemimpin tertinggi UMNO sendiri.

“Mana boleh tiba-tiba kita kata parti ini hilang hala tuju? Baru dalam masa 90 hari dah hilang hala tuju? Dan yang berkata begitu, kita itu nahkoda… kalau kita kata hilang hala tuju, kitalah manusia yang salah.

“Kenapa tak diperbetulkan hala tujunya? Bukan hilang hala tuju, maka lompat pergi. Yakinkah tempat yang kita lompat itu ada hala tuju yang jelas?


“Parti yang baru setahun dua tahun… belum lagi melalui 70 tahun proses seperti UMNO. Adakah nanti bila parti itu kalah, kita lompat lagi ke parti yang menang?

“Bagi saya itu permainan politik bukan perjuangan,” tegasnya mengulas tindakan beberapa pemimpin UMNO meninggalkan parti itu dengan pelbagai alasan termasuk UMNO tidak hala tuju.

Pada 24 Jun lalu, Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali umum keluar UMNO , diikuti Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yang buat tindakan sama pada 27 Jun.

Pada 1 Julai, langkah sama dibuat oleh Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyanti Samsudin. Ia tidak terhenti di situ, pada 18 September Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau mengumum meletakkan jawatan sebagai ahli UMNO berkuatkuasa serta-meeta setelah lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti.

Tidak sampai 24 jam tindakan Mustapa yang mengejutkan banyak pihak itu dibuat, Ketua UMNO Bahagian Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman yang juga bekas menteri luar pula membuat keputusan sama.

Semalam, jejak itu diikuti oleh Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori