Musim Ketam ‘Echizen Gani’ Mula Di Fukui, Jepun

KUALA LUMPUR – Musim untuk menangkap ‘Echizen Gani’, spesies ketam berjenama paling terkemuka di Jepun, bermula baru-baru ini di Laut Jepun di Wilayah Fukui.

Kerajaan Wilayah Fukui dalam kenyataan berkata musim menangkap ‘raja makanan musim sejuk enak” itu menggalakkan kedatangan banyak pelancong termasuk warga asing untuk melawat wilayah itu. Musim itu akan berterusan sehingga 20 Mac.

Echizen Gani ialah jenama ‘zuwai gani’ (ketam salji) paling bernilai tinggi dan satu-satunya spesies ketam yang dihadiahkan kepada Keluarga Diraja.

Oleh kerana spesies ketam itu – yang ditanda dengan label kuning bagi mengesahkan asal usulnya dan boleh dibezakan dengan mudah daripada jenis ketam salji yang lain – disimpan pada suhu sejuk sebaik ditangkap sehingga pendaratan untuk kekal segar dan kualiti isinya pada tahap luarbiasa.

Echizen Gani menjadi varieti pertama zuwai gani didaftarkan dan dilindungi sistem indikasi geografi (GI) pada 27 Sep, 2018. – BERNAMA

Loading...