Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Honda Malaysia Buka Pusat...

KUALA LUMPUR - Honda Malaysia akan membuka tiga pusat servis sementara dan 24...

Saintis Syor Makan Tahi...

SELALUNYA ibu bapa pasti menegah teruk anak-anak kecil mereka daripada mengorek dan memakan...

Calon Gesa Pengundi Manfaat...

SUNGAI BESAR - Ketiga-tiga calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar berharap pengundi-pengundi...

Ahmad Zahid Mahu Anggota...

GEORGE TOWN - Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

Musa Aman Tak Hadir Angkat Sumpah ADUN

KOTA KINABALU – Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman yang dijadualkan mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga hari ini gagal hadir ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Timbalan Speaker DUN Sabah Datuk Ahmad Abdul Rahman berkata Musa sepatutnya mengangkat sumpah pada 2.30 petang tadi.

“Beberapa hari lepas kita telah menerima surat daripada pihak Musa mengenai perkara itu (angkat sumpah), namun kita telah dimaklumkan bahawa Musa tidak dapat hadir pada hari ini.

“Bagaimanapun kita tidak mengetahui apa sebab beliau tidak dapat hadir,” katanya kepada pemberita di perkarangan DUN Sabah di sini.

Ahmad berkata walaupun gagal hadir untuk mengangkat sumpah pada hari ini, Musa masih mempunyai tempoh untuk berbuat demikian sehingga 11 Sept ini.

“Beliau mempunyai hak untuk mengangkat sumpah sebagai ADUN. Oleh itu beliau boleh mengangkat sumpah bila-bila masa sehingga tempoh yang ditetapkan,” katanya.


Musa yang tidak hadir pada majlis angkat sumpah ADUN yang diadakan sebelum ini kerana menjalani rawatan perubatan di United Kingdom, pulang ke Malaysia dua hari lepas.

Berdasarkan perlembagaan negeri, Musa mempunyai tempoh sehingga 11 September depan untuk mengangkat sumpah sebagai ADUN, iaitu tiga bulan selepas persidangan pertama DUN pada 11 Jun lalu.

Jika gagal mengangkat sumpah dalam tempoh itu, kerusi DUN Sungai Sibuga yang dipertahankan Musa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) boleh diisytiharkan kosong. – BERNAMA

Kategori