Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Sudah Bayar Faedah...

KOTA BHARU - Kerajaan telah membayar faedah sebanyak RM9 bilion bagi hutang berkaitan...

Jualan Kraftangan Hingga April...

PUTRAJAYA - Jualan kraftangan negara sehingga April tahun ini meningkat 28 peratus kepada...

Doktor Menjadi Pesakit Covid-19

KUALA LUMPUR - "Saya terima kenyataan itu dengan reda, fikiran positif dan hati...

JAIS Serbu Rumah Keluarga,...

ALKISAH Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Ahad lalu telah bertindak menyerbu rumah...

Murid, Guru Maut Dibakar Di Taska, 50 Lagi Cedera

RIO DE JANEIRO – Empat kanak-kanak dan guru maut selepas seorang pengawal keselamatan menyembur alkohol sebelum membakar mereka di sebuah taska di tenggara Brazil, semalam.

Pengarah hospital, Bruno Ataide Santos, berkata pengawal keselamatan yang cedera parah akibat kesan terbakar di seluruh badan, disahkan meninggal dunia.

“Kira-kira 50 orang dilaporkan cedera, kebanyakannya akibat terbakar selepas api merebak di taska ‘Innocent People’ di Janauba, Minas Gerais awal pagi semalam, sebelum dikawal pihak bomba,” kata pendakwa raya negeri dalam satu kenyataan.

Saksi memberitahu laman berita dalam talian UOL, lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu dipercayai bekerja di taska terbabit selama lapan tahun.

Polis Minas Gerais berkata, pegawainya turut mengunjungi rumah suspek dan bertemu ahli keluarganya bagi mendapatkan maklumat mengenai motif tindakannya itu.

Pada masa sama, Presiden Brazil, Michel Temer, menyatakan ucapan takziah berhubung kejadian itu menerusi Twitter.


“Saya amat sedih dengan tragedi membabitkan kanak-kanak di Janauba dan saya ingin menyatakan sokongan kepada ahli keluarga mangsa,” katanya.

Janauba yang mempunyai 70,000 penduduk terletak kira-kira 600 kilometer di utara bandar Belo Horizonte.

Berikutan kejadian itu, pejabat Datuk Bandar Janauba mengumumkan tempoh berkabung tujuh hari. – AFP/BH ONLINE

Kategori