Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kompleks Sukan Bernilai RM8...

PASIR PUTEH - Sebuah kompleks sukan bernilai RM8 juta akan dibina berhampiran Terusan...

Najib Mahu MCA Hentikan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pemimpin MCA...

Tangani Daesh Lebih Susah...

SINGAPURA - Menangani ancaman kumpulan militan Daesh adalah lebih susah berbanding ancaman komunis...

5 Produk Kosmetik Ada...

PUTRAJAYA - Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan menggesa orang awam tidak...

Mungkin Setahun Putuskan Permohonan Kemasukan Pemimpin UMNO

PUTRAJAYA – Permohonan bekas anggota UMNO terutamanya Anggota Parlimen dan pemimpinnya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan diputuskan dalam masa terdekat, kata Setiausaha Agung Bersatu Datuk Marzuki Yahya.

Beliau berkata permohonan kemasukan itu berkemungkinan mengambil masa sebulan atau setahun sebelum parti boleh memberi kata putus sama ada kemasukan dan keanggotaan bekas anggota UMNO itu akan diterima atau ditolak.

“Ia perlu dirujuk kepada pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis jika ada sebarang kes melibatkan mereka terlebih dahulu sebelum boleh diterima masuk ke dalam parti.

“Ini sangat penting. Kita tidak mahu ada budaya tidak sihat dalam parti. Tapisan permohonan itu berkemungkinan boleh jadi satu bulan, dua bulan mahupun setahun. Kita tidak tergesa-gesa (dalam menerima kemasukan),” katanya dalam temu bual dengan beberapa organisasi media di sini hari ini.

Temu bual itu diadakan bersempena perhimpunan agung kali kedua parti itu yang dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 28 hingga 30 Dis ini.

Dilapor, Bersatu telah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk meneliti dan menapis permohonan keanggotaan daripada bekas pemimpin UMNO ​​​​​​​yang akan dipengerusikan Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Jawatankuasa ini akan meneliti terlebih dahulu setiap permohonan yang diterima untuk memastikan pemohon tidak terpalit dengan sebarang amalan rasuah, salah guna kuasa dan jenayah.

Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata parti itu hanya mengalu-alukan mereka yang bebas daripada sebarang salah laku atau mereka yang bukan penyokong kuat bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

UMNO mengalami krisis apabila beberapa pemimpin termasuk wakil rakyatnya, mengumumkan keluar parti untuk menjadi anggota bebas, manakala ada antara mereka yang bakal menyertai parti komponen PH.


Marzuki yang juga Timbalan Menteri Luar berkata di sebalik kemelut lompat parti ini, PH sebenarnya memerlukan pakatan pembangkang yang kuat untuk semak dan imbang segala keputusan dan tindak-tanduk kerajaan baharu ini dalam memperbaiki kesilapan mereka.

“Kita perlukan mereka. Kerana kita tidak tahu bila kita betul dan bila kita salah. Kerana adakalanya ada kebenaran dalam apa yang disampaikan pembangkang, tidak semua salah. Apabila pemimpin UMNO tinggalkan parti, pembangkang akan lemah.

“Kerana itu kita tidak putuskan lagi (terima permohonan kemasukan). Mungkin pemimpin pembangkang yang tinggal nanti, hanya yang ada di mahkamah menjalani proses pendakwaan,” katanya.

Marzuki yang juga Pengerusi Bersatu Pulau Pinang berkata kepimpinan parti dijangka membuat ketetapan berkaitan isu lompat parti pada perhimpunan agung minggu depan.

Beliau berkata isu itu juga akan dibahas dan dibangkitkan agar penjelasan dapat diberikan kepimpinan dengan mengambil kira kepentingan parti dan perjuangan yang telah dibawa selama ini dalam memartabatkan agenda Melayu, Bumiputera dan Islam secara keseluruhan.

“Kita tidak mahu virus-virus yang merosakkan parti dan perjuangan, berada dalam parti. Saya rasa ia akan dibangkitkan dalam perhimpunan agung nanti supaya kita membuat keputusan lebih baik sebelum parti menerima kemasukan mereka,” katanya.

Dilaporkan, kira-kira 3,000 perwakilan daripada semua sayap dijangka menghadiri perhimpunan agung tiga hari itu melibatkan 135 bahagian di seluruh negara dengan 98 bahagian melibatkan sayap Srikandi manakala 115 pula adalah sayap Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada). – BERNAMA

Kategori