Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bentang Kertas Putih Pertahanan...

KUALA LUMPUR - Satu Kertas Putih Pertahanan yang menggariskan prinsip dan strategi pertahanan...

Tun Dr Mahathir Berseloroh...

LONDON - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kembali menerajui tampuk pemerintahan...

Harga Minyak Cecah Paras...

SINGAPURA - Harga minyak mentah Brent jatuh ke paras hampir AS$72 (RM241) setong...

AKSEM Rampas 789 Kg...

PADANG BESAR – ​​​​​​Seorang wanita rakyat Thailand ditahan Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) Padang...

Mungkin Inilah Pengguna ‘Google’ Paling Sopan Di Dunia

MENGGUNAKAN Google untuk mencari sesuatu maklumat sudah menjadi kebiasaan bagi setiap orang tetapi seorang nenek berusia 86 tahun, May Ashworth mungkin pengguna enjin carian itu, yang paling sopan di dunia.

Antara yang ditulis oleh Ashworth pada kotak carian Google adalah, ‘Tolong terjemahkan angka Romawi mcmxcviii ini, terima kasih’.

Foto carian Google oleh Ashworth yang dipos ke Twitter oleh Ben John, 25, dari Wigan, England itu segera menarik perhatian ramai dan menerima retweet lebih 9,000 kali.

Ben berkata dia mengambil foto tersebut ketika melihat laptop neneknya semasa datang melawat wanita berkenaan.

“Dia melihat satu acara TV tetapi tidak faham angka Romawi yang terdapat padanya jadi mencari info di Google,” kata Ben.


Perbuatan neneknya menggunakan perkataan ‘please’ dan ‘thank you’ setiap kali meminta bantuan Google membuatkan Ben berasa lucu dan terfikir untuk berkongsikan perkara tersebut di Twitter.

Tanpa disangkanya, pos berkenaan segera menjadi trending dan viral.

Apabila ditanya kenapa neneknya meminta tolong dengan sopan kepada Google jawapan yang diterima Ben ialah, neneknya menyangka ada kakitangan manusia yang menguruskan carian data dan dengan berkata ‘please’ dan ‘thank you’ dia beranggapan permintaannya akan dipercepatkan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori