Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KM Sabah Nasihat Orang...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menasihatkan orang ramai...

Sindiket Kereta Klon Beralih...

JOHOR BAHARU - Sindiket klon kereta Singapura kini didapati beralih pula menggunakan laman...

Najib Sertai Solat Hajat...

PEKAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyertai solat...

JAKOA Tubuh Pasukan Bertindak...

IPOH - Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) telah menubuhkan Pasukan Bertindak Basmi Ponteng...

Mukhriz Dahului Senarai 602 Penerima Kehormat Kelantan

KOTA BHARU – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir mendahului senarai penerima 602 penerima Darjah Kebesaran, Bintang, Pingat dan Surat Kepujian sempena Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Muhammad V ke-49 yang berlangsung di Istana Balai Besar di sini, hari ini.

Beliau merupakan antara 37 penerima yang dianugerahkan Darjah Kebesaran yang membawa gelaran Datuk.

Mukhriz, yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.J.M.K).

Darjah kebesaran sama turut diberikan kepada Anggota Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan dan Pengerusi Kehormat Rohm Wako Co Ltd Datuk Yosuke Yoshioka.

Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Affendi Buang dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (S.P.K.K).

Empat individu pula dianugerahkan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (S.P.S.K) iaitu Setiausaha Kerajaan Kelantan Datuk Nazran Muhammad, dua Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam iaitu Datuk Mohd Azman Husin dan Datuk Mohd Yazid Mustafa serta Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Tiga penerima menerima Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.P.M.K) iaitu Timbalan Ketua Pengarah, Unit Perancangan Ekonomi, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Muhamad Idris; Pengarah Kanan, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi Jabatan Kerja Raya (CREATE) Melaka Dr Che Hassandi Abdullah dan Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan Datuk Dr Husaini Omar.

Dua penerima pula menerima Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.P.M.K) iaitu Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim dan Timbalan Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Zainal Abu.

Sementara itu, lima penerima menerima Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K) iaitu Pengerusi Eksekutif, Juruukur Nik Hisham & Tung Sdn Bhd, Nik Hisham Nik Manshor; Anggota Majlis, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Prof Emeritus Hashim Musa; Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Utiliti negeri Azami Mohd Noor; Anggota Mesyuarat Jemaah Ulama Abdul Hayei Abdul Sukor dan Pengarah Urusan DF Prima Build & Dev Sdn Bhd Oie Poh Choon.

Aktivis kemasyarakatan, Tong Kim Eng pula merupakan penerima tunggal Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Yang Amat Mulia (D.J.M.K).

Tiga belas individu pula masing-masing menerima Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K) iaitu Pegawai Kewangan Kelantan Ahmad Robert Abd Rahim; Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Che Roslan Che Daud dan Pengarah Kanan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Simi Abdul Ghani.


Timbalan Ketua Audit Negara, Jabatan Audit Negara, Zulkipli Abdullah; Pengarah Sumber Manusia dan Pentadbiran, Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran, Jabatan Penjara Malaysia Nik Ahmad Zaki Nik Ismail; Profesor di Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Prof Dr Kamaruzaman Jusoff dan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) Dr Mohamad Roff Mohd Noor.

Bekas Pengarah SPRM Kelantan Datuk Mohd Samsudin Yusof; Ketua Jabatan Pembedahan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Dr Ahmad Shanwani Mohamed Sidek; Ketua Jajahan Kota Bharu Tengku Azmi Tengku Jaafar; Profesor merangkap Pengarah, Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia (UPM) Tengku Aizan Tengku Abdul Hamid.

Timbalan Pengarah (Infrastruktur dan Aset) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian Prof Dr Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Mohd Idris Mamat.

Dua individu dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K) iaitu Pengarah Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat dan Agensi, Jabatan Akauntan Negara Ramli Chik dan Pengarah HRPZII Dr Selasawati Ghazali.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Dr Zulkefli Ibrahim dan Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM SAC Rusli Mohd Noor pula dianugerahkan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (D.P.J.K).

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Roslee Chik pula merupakan penerima tunggal Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (D.P.J.K).

Seramai 205 menerima pengurniaan kehormatan kebesaran negeri pada hari ini.

Sementara itu, dua wira negara yang terkorban ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja yang terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong 3 Okt lepas iaitu Allahyarham Pegawai Bomba Kanan (PBK) Izatul Akma Wan Ibrahim dan Allahyarham PBK Muhammad Hifdzul Malik Shaari dianugerahkan Pingat Bakti (P.B) atas jasa yang dicurahkan mereka dalam tragedi berkenaan.

Bagaimanapun, pengurniaan pingat berkenaan akan disempurnakan pada 4 Mac tahun depan. – BERNAMA

Kategori