Muhyiddin Pantau Situasi Covid-19 Walaupun Dikuarantin

PUTRAJAYA – Biarpun sedang dikuarantin di rumah, Tan Sri Muhyiddin Yassin tetap memantau perkembangan situasi COVID-19 di negara ini.

Perkara itu dinyatakan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menjelaskan Perdana Menteri sentiasa diberikan taklimat mengenai perkembangan terkini berkaitan wabak berkenaan.

Hari ini juga, katanya, beliau mengadakan sidang video bersama Perdana Menteri sejurus Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pagi tadi.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Pagi tadi, selepas mesyuarat khas, saya berpeluang membuat sidang video bersama Perdana Menteri yang sedang menjalani proses kuarantin di rumah.

“Biasanya laporan saya akan dibuat pada mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

“Oleh kerana Perdana Menteri dikuarantin, saya bersama Ketua Pengarah Kesihatan (Datuk Dr Noor Hisham Abdullah) membuat makluman dan taklimat kepada beliau melalui sidang video lebih setengah jam.

“Perdana Menteri masih berada di rumah kerana sedang dikuarantin,” katanya pada sidang media harian yang disiarkan secara langsung selepas mesyuarat khas Menteri-Menteri Mengenai PKP, hari ini.

Pada 22 Mei lalu, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan Muhyiddin diarah menjalani kuarantin selama 14 hari di kediamannya selepas seorang pegawai yang hadir pada mesyuarat pasca-Kabinet disahkan positif COVID- 19.

Kenyataan itu juga memaklumkan, Perdana Menteri sudah menjalani ujian saringan COVID-19 dan disahkan negatif.

Loading...