Muhyiddin Kuarantin 14 Hari Susulan Pegawai Positif Covid-19

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari, mulai hari ini.

Ia susulan seorang pegawai yang hadir pada mesyuarat pasca-kabinet di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, semalam disahkan positif Covid-19.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, Muhyiddin sudah menjalani ujian saringan dan didapati negatif.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Menurut Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak Covid-19 (Seksyen 15(1) Akta 342), Perdana Menteri perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari mulai petang ini,” katanya.

Kenyataan itu menyebut, semua ahli mesyuarat berkenaan diarahkan menjalani ujian saringan dan kuarantin di rumah masing-masing selama 14 hari bermula hari ini.

“Sebagai makluman, setiap mesyuarat di Pejabat Perdana Menteri itu mengamalkan penjarakan sosial dan penjagaan kesihatan yang ketat pada setiap masa,” katanya.

Loading...