Muhyiddin Keluar Istana, Dijangka Menghadap Agong Esok

KUALA LUMPUR – Selepas 40 minit, pemimpin dari UMNO, PAS, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) keluar meninggalkan pekarangan Istana Negara pada jam 10.43 pagi tadi.

Kenderaan yang dinaiki ahli Parlimen itu didahului Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Antara yang kelihatan, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Turut sama, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kehadiran mereka ke Istana Negara, Fadilah menjawab ringkas.

“Kami akan kembali esok,” katanya. – Sinar Harian

Loading...