Muhyiddin Hadir Sidang DUN Johor

ISKANDAR PUTERI – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir Pembukaan Rasmi Bagi Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-14 di Kota Iskandar di sini hari ini.

Sidang DUN Johor melakar sejarah hari ini apabila ia merupakan kali pertama beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir hadir sebagai Perdana Menteri.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencemar duli merasmikan Persidangan DUN tersebut di Bangunan Sultan Ismail.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim disambut Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad dan Speaker DUN Johor, Suhaizan Ka’iat.

Turut hadir, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim.

Perbarisan tabik hormat yang biasa dilakukan Sultan Ibrahim terhadap 56 ADUN Johor sebelum persidangan bermula tidak dilakukan pada kali ini sebagai langkah keselamatan mencegah penyebaran koronavirus (Covid-19).

Loading...