Muhyiddin Diramal Bubar Parlimen Tahun Ini – Media Singapura

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merancang untuk membubarkan Parlimen seawal tahun ini juga bagi membuka laluan agar pilihan raya umum ke 15 (PRU-15) diadakan, laporan akhbar The Straits Times yang berpengkalan di Singapura.

Menurut akhbar berkenaan yang memetik sumber, tindakan itu adalah sebagai langkah paling berkesan untuk menamatkan sepenuhnya cubaan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk merampas kuasa bagi menjadi Perdana Menteri sekali lagi.

Tindakan mengadakan PRU15 itu secepat mungkin juga bagi membolehkan Muhyiddin mendapatkan mandat sebenar dari rakyat dan menamatkan label ‘kerajaan pintu belakang’ yang dijaja pihak Pakatan Harapan (PH), kata media itu.

Langkah itu juga katanya bagi mendapatkan majoriti yang secukupnya untuk mentadbir dengan selesa.

Straight Times menambah kata, Muhyiddin telah menzahirkan keinginan bagi mengadakan pilihan raya umum pada mesyuarat majlis tertinggi partinya pada 4 Jun lalu.

“Ia diikuti dengan penjelasan pada peringkat bahagian (akan keperluan mengadakan PRU sebagai langkah penyelesaian),” katanya.

Walaupun masih belum memiliki majoriti yang secukupnya, namun Tun Mahathir bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP memiliki jumlah sokongan yang mampu memberikan tekanan yang hebat ke atas pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional.

Keadaan ini mewujudkan kesukaran kepada Muhyiddin untuk membantu usaha memperkuatkan ekonomi negara dan membantu rakyat. – Mynewshub.TV

Loading...